t>

Breaking News

Selepas Beras, Kerajaan Mahsuhkan Subsidi Tepung Pula Bermula Hari Ini.

Kerajaan hari ini dilaporkan telah menarik balik subsidi yang diberikan terhadap tepung gandum yang diisi dalam guni 25 kilogram.

Menurut portal berkenaan, pengilang telah dimaklumkan mengenai penarikan balik subsidi itu dalam satu pertemuan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK), minggu lalu.

Pemborong juga dilaporkan telah menerima pekeliling mengenai semakan semula harga tepung gandum dalam guni 25 kiligram berkenaan di Semenanjung Malaysia, termasuk jenama Blue Key, yang sekarang ini berharga RM42 tanpa subsidi.


Menurut laporan itu seorang pengusaha yang hanya dikenali sebagai Ng berkata, dia adalah antara wakil industri yang bertemu dengan pegawai kanan KPDNKK pada 24 Februari lalu.

Harga tepung di dalam guni seberat 25 kilogram yang biasanya dibeli oleh peruncit seperti peniaga kedai kopi dan restoran mamak akan meningkat kepada RM33.75 hingga RM42,”katanya.

Bagaimanapun, untuk tepung beg satu kilogram yang dijual secara runcit masih diberikan subsidi RM1.35, termasuk jenama Blue Key dan Bunga Cempaka.

Ng berkata, mereka biasanya mendapat RM600 hingga RM800 subsidi bagi satu tan metrik tepung yang dikeluarkan sebulan atau 60 sen hingga 80 sen sekilogram.

Penarikan subsidi berkenaan dijangka akan memberi kesan kepada pengusaha kedai roti canai, tose dan makanan yang menggunakan tepung gandum.

Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad, enggan mengulas mengenai perkara itu. 


Sumber asal laporan : The Star.
Dialihbahasa : SiakapKeli.