t>

Breaking News

Walau Nak Jual Satu Barang, Sekali Je Di Internet, Wajib Daftar DGN SSM Mulai Tahun Depan - Barangan Perlu Dijual Dlm 30 Hari Kata Menteri.

 
Individu yang ingin menjual barangan di internet perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bermula tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pihaknya sedang merangka peraturan melibatkan kesemua penjualan barangan termasuk secara "one-off" (sekali sahaja).

"Walaupun hanya menjual satu barangan seperti telefon secara dalam talian, harus mendaftar dengan SSM dan barangan itu perlu terjual dalam masa 30 hari.

"Sekiranya barangan itu tidak terjual dalam tempoh 30 hari, penjual perlu memohon semula untuk satu lagi tempoh 30 hari," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan cawangan Farmasi Constant di sini semalam.

Farmasi Constant bekerjasama dengan MyAngkasa, sebuah anak syarikat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) untuk membekalkan produk dan perkhidmatan kesihatan kepada ahli koperasi.

Menurut Hamzah, langkah itu bertujuan memastikan hak pengguna terjamin selain mengelakkan penipuan urus niaga dalam talian.

Sementara itu, beliau mahu lebih banyak farmasi dibuka di kawasan luar bandar bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bekalan produk kesihatan dan menikmati gaya hidup sihat.

Selain itu, katanya ia mampu menjana pendapatan dengan nilai keseluruhan pasaran penjagaan kesihatan dalam negara pada 2014 adalah RM48 bilion.

"Suruhanjaya Koperasi Malaysia boleh membantu dari segi pinjaman untuk anak-anak luar bandar yang menjadi ahli farmasi untuk membuka francais farmasi sendiri," katanya. — Bernama