t>

Breaking News

Calon Bukit Kota Sepatutnya Dari DAP Bukannya PKR Maka DAP La YG Beri Kemenangan KPD BN..


DAP sepatutnya meletakkan calonnya di kerusi Bukit Kota tetapi akhirnya kerusi itu dimenangi Barisan Nasional (BN)tanpa bertanding, kata Naib Presiden PKR Dr Xavier Jeyakumar.

Dr Xavier berkata, PKR tidak dimaklumkan bahawa calon DAP tidak akan bertanding di Bukit Kota, yang telah diberikan kepada DAP semasa rundingan mengenai kerusi di antara ahli-ahli Pakatan Harapan.

DAP bertanding kerusi itu ketika pilihan raya negeri pada tahun 2011.

"Mereka tidak memaklumkan kepada kami bahawa mereka tidak mempunyai calon atau bahawa mereka tidak akan meletakkan calon di sana.

"Jika kami diberitahu, maka PKR akan meletakkan seseorang sebagai calon pengganti," kata Dr Xavier kepada pemberita di Bilik Gerakan PKR pada Selasa.

Dr Xavier melahirkan rasa kesal mengenai apa yang telah berlaku yang membolehkan penyandang BN Dr Abdul Rahman Ismail dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menang di Bukit Kota dan Bukit Sari tanpa bertanding.

Bagi kerusi Bukit Sari, calon PKR, Jamal Brahim tidak hadir untuk mengemukakan kertas pencalonannya pada Isnin atas sebab-sebab yang belum diketahui.

"Bagi kerusi Bukit Sari, menyedihkan apabila calon yang dipilih oleh PKR tidak muncul walaupun kita telah membayar deposit dan slip deposit telah diberikan 24 jam sebelum penamaan calon," kata Dr Xavier.

Tambahnya, PKR akan mendapatkan penjelasan daripada calon berkenaan dan menyiasat perkara itu selepas pilihan raya. - MSTAR