Tabung Haji Nafi Duit Simpanan Pendeposit Hilang Untuk Bayar PTPTN (KEMASKINI).

DENGAN KEMASKINI.

Semalam kecoh satu kisah bahawa peminjam PTPTN telah kehilangan duit simpanan sebanyak 30,000 dalam Tabung Haji. Kisah tersebut viral dengan satu paparan screenshot mesej yang diperolehi dari wassap.

Walaubagaimanapun, Tabung Haji kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan rasmi dan menafikan dakwaan tersebut.

Berikut kenyataan tersebut ;

 --------

Sadis. Screenshot yang sedang viral di laman sosial kini berkenaan perbualan di whatsapp antara seorang anak perempuan kepada bapanya mengenai kehilangan wang simpanan di Tabung Haji sebanyak 30,000 ribu ringgit.

Lihat paparan screenshot ini ;



(rujuk)

Hmm.. jika benarlah perkongsian tersebut ini bermaksud PTPTN sekarang dah sampai ke tahap main suka-suka ahti je keluarkan duit simpanan peminjam meskipun tanpa keizinan dari peminjam itu sendiri. Boleh ke macam tu? Tak salah dari segi undang-undang ke? Tak secure la simpanan kita di bank kalau macam neh kan?

Aku setuju juga dah pinjam kena la bayar. Tetapi nak amek duit orang kat bank macam tu kena la juga notify peminjam at least bagi satu warning ataupun peringatan.. buatnya orang tu sesak dan terdesak.. tak memasal aje datang masalah..

Share this :

Previous
Next Post »