t>

Breaking News

Haram Guna Lorong Kanan Bagi Pengguna Motorsikal Tak Lama Lagi - Menteri.


Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Azizi Kaprawi berkata pihak kementerian akan meminta kesemua pihak penguatkuasa trafik untuk mengharamkan motosikal dari menunggang di lorong kanan atau lorong memotong.
Malah , Timbalan Menteri tersebut turut berkata tidak mustahil jika undang-undang mewajibkan penunggang motosikal menggunakan vest pantul-cahaya diperkenalkan di masa hadapan.
Menurut laporan Shahrim Tamrin dari The Sun Daily, ia sepatutnya dikuat-kuasakan secepat mungkin untuk mengurangkan kadar kemalangan dikalangan penunggang motosikal.
“Motosikal tak sepatutnya berada di lorong kanan atau lorong laju,” ujar beliau.
Aziz seterusnya memberitahu wartawan bahawa penunggang motosikal masih mengabaikan undang-undang itu tanpa memikirkan keselamatan mereka. Beliau berkata sedemikian semasa kempen keselamatan lalulintas untuk penunggang motosikal oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Kumpulan Linde di Shah Alam semalam. Komen beliau selaras dengan fakta di mana hanya Malaysia tinggal menjadi negara di dalam Asean yang tidak mematuhi undang-undang mengharamkan motosikal di laluan kanan di lebuhraya.
Aziz berkata pihak kementerian akan berbincang dengan polis trafik akan cara terbaik untuk memperkenalkan undang-undang tersebut. Dalam tahun 2015, seramai 4,203 penunggang motosikal mati di dalam kemalangan. Jumlah tersebut ialah 62 peratus dari jumlah kematian keseluruhan akibat kemalangan jalanraya pada tahun tersebut, atau 6,706 kematian. Ia menunjukkan peningkatan seramai 32 kematian berbanding dengan tahun 2014.
“Penunggang motosikal perlu harus berfikir akan keselamatan mereka. Mereka sepatutnya mudah dilihat di atas jalanraya. Kami sedang merangka program-program sokongan untuk menggalakan penunggang motosikal memakai jaket pantul-cahaya atau berwarna cerah,” tambah beliau.
Careta menyokong segala usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. Untuk motosikal, mungkin kempen di peringkat sekolah perlu diadakan dan pihak kementerian patut menimbal kembali keputusan membatalkan pengenalan subjek keselamatan lalu-lintas di sekolah-sekolah yang sepatutnya dilakukan tahun ini.
Selaras dengan usaha tersebut, lorong-lorong motosikal juga harus dipertingkatkan keselamatan dan penggunaannya.
Careta juga berpendapat pihak kementerian wajar berbincang dengan pihak Miros untuk melakukan kajian lokasi kemalangan maut penunggang motosikal dan melihat adakah majoriti kemalangan tersebut berlaku di lebuhraya atau di jalan persekutuan atau jalan bandar. Negara Asean lain tidak mempunyai lebuhraya sebanyak di Malaysia, malah di bandar Kuala Lumpur sahaja, jumlah lebuhraya bertol lebih banyak dari kesemua lebuhraya bertol di dalam Thailand. Jika keselamatan menjadi objektif utama, mungkin pembinaan lorong bermotosikal akan lebih berkesan kerana lorong perlahan dipenuhi dengan kenderaan berat bergerak perlahan dan ini akan menyebabkan motosikal terpaksa memotong dengan lebih kerap, lalu menaikkan risiko kemalangan.
Malaysia juga ialah pasaran superbike terbesar di Asean berbanding dengan negara lain, dan undang-undang melarang motosikal berada di laluan laju mungkin akan memberi kesan terhadap penjualan motosikal berenjin kapasiti tinggi - Careta.My