Kenapa MB Terengganu Hilang Gelaran - Adakah Berkaitan Dengan Telaga Minyak, 1MDB?

Pada 3 April yang lepas beberapa laporan akhbar melaporkan kenyataan bekas menteri besar Terengganu iaitu Ahmad Said.

Berikut merupakan salah satu dari laporan-laporan tersebut ;

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman kini sedang menunggu masa untuk diturunkan daripada jawatannya, dakwa ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said.

Ahmad Said berkata, beliau juga memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bagi meminta perkenan agar pertukaran menteri besar dilakukan.

Perkara itu akan dilakukan sebaik sahaja Sultan Mizan pulang dari luar negara, lapor akhbar Sinar Harian.

Malah, bekas menteri besar Terengganu itu juga mendakwa keadaan Umno di negeri itu turut dalam keadaan kritikal.

"Jangan sampai tuanku isytihar bubar DUN, (Kalau perkara itu terjadi) habislah. Keadaan sekarang Umno kritikal, kalau (dilakukan) pilihan raya, habislah. Jangan main-main.

"Jangan salahkan saya, saya telah beri ruang yang cukup. Saya sayangkan Terengganu. Apa yang dia (Ahmad Razif) buat semua saya tahu. Tunggu masa saya akan dedahkan, saya akan dedahkan perkara yang besar-besar yang pada saya ia merugikan kerajaan negeri dan rakyat," katanya.

Selain itu, Ahmad Said juga mendakwa, Ahmad Razif merupakan antara dalang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya sebagai menteri besar.

"Saya 'gentleman', saya buat depan orang ramai (cadang usul undi tak percaya), marah dalam dewan. Yang dia (Ahmad Razif) buat pada saya? Saya tak nak cerita lagi tapi saya cerita sikit, dia yang terlibat menjatuhkan saya.

"Tapi ingat, insya Allah dengan kehendak Allah saya rasa menteri besar sekarang sedang menghitung hari. Apa yang jadi halangan sekarang kepada saya adalah Umno. Kalau saya tak fikir Umno, hari itu (masa letak jawatan sebagai menteri besara) saya dah keluar kerajaan.

"Sebab itu saya tunggu," katanya lagi.

Ahmad Said juga memberitahu, kerana sayangkan parti beliau tidak menghadap sultan untuk meminta pembubaran DUN sebelum meletak jawatan sebagai menteri besar dua tahun lalu.

Malah, katanya sekiranya pembubaran DUN dilakukan, beliau percaya BN akan kalah memandangkan kes 1MDB serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sedang hangat diperkatakan.

Beliau juga bimbang sekiranya BN kalah, negeri tersebut akan dikuasai pula oleh DAP.

"Kalau saya jahat, tak sayangkan parti, dalam kedudukan 17 kerusi BN dan 15 pembangkang (dalam DUN Terengganu), saya cuma perlu menghadap tuanku dan beritahu bahawa 10 orang (ADUN BN) sudah tandatangan surat letak jawatan dan minta DUN dibubarkan.

"Kalau bubar DUN dalam keadaan sekarang ini iaitu dengan kes 1MDB dan GST, kita (BN) boleh kalah. Saya sayang (parti), (khuatir) itu saja, takut DAP perintah. Kalau PAS, PKR tak apa lagi. Sekarang DAP yang berkuasa," katanya.

(rujuk)

Kalau kita baca point per point kita akan dapati bahawanya Ahmad Said cuba gambarkan ;

1. Sultan Terengganu tak puas ahti dengan corak pentadbiran Razif.

2. Ada beberapa perkara salah yang telah dilakukan oleh Razif dan perkara2 tersebut telah disampaikan kepada Sultan Terengganu. Rasanya takan bodoh2 Sultan nak percaya tanpa bukti. Maksudnya memang ada bukti2 tertentu la tu contohnya macam dokumen, rakaman dan etc etc.

3. Jika mahu UMNO kekal memerintah di Terengganu pertukaran MB mesti dilakukan dalam kadar segera. Sebabnya UMNO Terengganu tengah bergolak/berpecah teruk.

Dalam pada itu perkembangan terkini memaklumkan yang Najib akan mengadap Sultan Terengganu dalam masa terdekat, tercepat yang mungkin. Oleh kerana Razif pilihan Najib tak mustahil Najib mempertahankan Razif apatah lagi Razif antara dalang yang jatuhkan Ahmad Said yang krisis dengan Najib Razak.

Apakah mungkin ada beberapa perkara berkaitan Najib telah dilakukan oleh Razif berdasarkan arahan dan sebagai pembalasan Razif ditawarkan sesuatu sebagai ganjaran?

Entah. Sama-sama tunggu dan lihat.

Kat bawah neh ada satu lagi pendapat kenapa gelaran Datuk Seri Razif ditarik balik oleh Sultan Terengganu.

Apsal Sultan Ganu tarik balik gelaran 'Datuk Seri' dari MBnya?

MB Ganu Razif dlm bahayo. Bilo Sultan Ganu menarik balik anugerah Datuk Seri dari Razif ianya bermaksud Sultan Ganu amat murka terhadapnya. Mengapo Sultan Ganu amat murka terhadap Razif? Telahan awal den ini takdo kono mengono dgn Mat Said, pesaing utamo politik Razif di Ganu. Apo yg den nampak, ini ado kono mengono dgn jelajah Dr. Zakir Naik di Ganu. Sultan berkemungkinan bosa murka dgn 2 pekara dgn Razif akibatjelajah DZN di Ganu iaitu:

1] MB Razif menawarkan beberapo pulau di Ganu kpd DZN utk dibuat pusat penyelidikan Islam tanpo persetujuan Sultan.

2] Sultan tidak dilibatkan secara langsung dlm jelajah DZN di Ganu. Seolah-olah dipinggirkan. Ini mengakibatkan Sultan berkecil hati.

2 pekara yg den sebut tadi bukan fakta tapi ini setakat teori den lah. Tapi tarik gelaran Datuk Seri tu betul. Byk portal berita melaporkan berita tersebut. Penarikan gelaran tersebut dibuat secara lisan, tapi ianya sudah dipraktikkan secara serta-merta. Menteri Jamil Khir dilaporkan tidak menyebut gelaran Datuk Seri kpd Razif pd pagi ini. Dan acara pagi tadi dihadiri oleh Sultan Ganu.

Sultan negeri ado kuaso utk menasihatkan PM atau Presiden parti yg memerintah negerinya utk tukar MB jikalau Baginda mahu. Kono ingat Sultan yg berkuaso di negeri tak samo dgn kuaso Agong di peringkat pusat. Sultan yg berkuaso kek negeri, power ey lobih. Yang Dipertuan Agong di peringkat pusat hanyo berdiri sbg lambang shj. Bilo ado org ckp YDPA boleh pecat PM, den dlm hati ckp kau ni fail belajar subjek Sejarah ke?

Anyway, jikalau benar Razif ditukar selopeh ini dan dilantik MB baru, Najib akan kehilangan panglimanya yg paling power utk menghadapi Hadi pd PRU ke-14 nanti. Ofkoslah sekarang ni Mat Said sdg berkenduri sakan tapi Umno bakal kehilangan Razif yg diibaratkan sbg permata di Pantai Timur. Dari segi publisiti, Razif dah memenangi hati rakyat Ganu tanpo mengira parti. Razif laju buek pembangunan negeri dan juga pantas menjaga kebajikan rakyatnya. Seolah-olah sumo pekara yg berlaku di Ganu hanyo ditangani oleh Razif sorang. Sampaikan den tertanyo-tanyo eh Razif ni takdo kabinet exco ke?

Begitulah Razif, MB Ganu yg paling rajin. Time Mat Said jadi MB dulu pun rajin jugak. Tapi rajin si Razif nampak mcm cerdik dan org konfiden kpdnya. What I am trying to say, kalau buang Razif dlm maso terdekat ini, yg pasti rugi ialah negeri dan rakyat Ganu juga. Huhuhuhuhu....

Sumber.

Share this :

Previous
Next Post »