t>

Breaking News

Nak Beli Rumah, Takde Deposit? Ini Cara-Cara Nak Mohon Skim MyDeposit Secara Online Untuk Pembeli Rumah Kali Pertama.

Apa itu skim MyDeposit?

==> Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) inisiatif kepada pembeli rumah pertama untuk memiliki kediaman mampu milik.

==> Membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mempunyai pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke bawah

==> Kerajaan membantu dengan memberi sumbangan sebanyak 10 peratus (10%) daripada harga jualan atau maksimum RM30,000 (yang mana lebih rendah) kepada pembeli pertama bagi membantu mereka membeli rumah yang berharga sehingga RM500,000 dan ke bawah




Bagaimana memohon MyDeposit secara online?

==> Sila ke halaman http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/



==> Klik pada permohonan baru (pada yang belum mendaftar) / log in (pada yang sudah mendaftar.



==> Klik pada MYDEPOSIT. Bersebelahan LAMAN UTAMA. Pilih sub menu. Samada permohonan baru, kemaskini permohonan ataupun semakan permohonan.

==> Dokumen yang akan diperlukan. Sila scan siap-siap.


==> Syarat dan kelayakan pemohon.


Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan.
Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. 
Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. 
Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain).
Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan.
Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.
Siapa yang patut memohon?
Mereka-mereka yang belum pun memiliki mana-mana rumah kat Malaysia neh.
Bekerja sendiri, bekerja swasta pun boleh tetapi perlu dipastikan anda layak meminjam untuk membeli rumah. Sila buat kiraan awal-awal ye. 
Apa pun sesiapa yang takde rumah sila la mohon laju2 sebelum skim ini ditutup.