t>

Breaking News

PANAMA PAPERS - PM Iceland Letak Jawatan Selepas Isteri Dikantoikan, Najib Razak Bila Pula?


Perdana Menteri Iceland Sigmundur David Gunnlaugsson meletakkan jawatan semalam susulan pendedahan Panama Papers yang menunjukkan isterinya memiliki syarikat luar pesisir dengan tuntutan besar pada sebuah bank negara itu yang telah ditutup.

Kebocoran dokumen firma undang-undang yang mempunyai kepakaran menubuhkan syarikat luar pesisir itu berjaya menarik tumpuan dunia terhadap pemimpin dan tokoh-tokoh dunia di seluruh dunia.

Ia menimbulkan keraguan awam bagaimanapun golongan berkuasa menyembunyikan wang mereka dan mengelak cukai.

Jurucakap kerajaan Iceland berkata tuntutan terhadap bank di negara itu dibuat oleh syarikat milik isteri perdana menteri berjumlah lebih 500 juta Icelandic crowns (AS$4.1 juta), lapor Reuters.

Gunnlaugson berkata aset isterinya dicukaikan di Iceland.

Beliau membuat keputusan meletakkan jawatan selepas ribuan orang berhimpun di depan parlimen pada Isnin dengan melemparkan telur dan pisang serta mendesak pengunduran pemimpin yang berkuas sejak 2013 itu.

Anggota politik pembangkang mendesak sebuah pilihan raya baru diadakan dan memfailkan usul tidak percaya di parlimen.

Bank-bank utama di Iceland ditutup susulan krisis kewangan pada 2008. - Malaysiakini.


Dalam pada itu, PANAMA PAPERS turut mendedahkan anak Najib antara individu yang terkait dengan kontroversi berkenaan. Sehingga kini tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh PMO dan Najib masih lagi kekal menjadi perdana menteri Malaysia.

Hahahaha..