t>

Breaking News

Pau Budak Sekolah, Netizens Kritik Polis KAW2 [Video Inside].

Sejak siang tadi tersebarnya satu rakaman video yang merakamkan gelagat beberapa anggota polis yang sedang sibuk pau budak sekolah.

Lihat ;


 


Video berkenaan viral. Dan menurut laporan berita yang dipetik menerusi FMT bahawanya, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), ACP Datin Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan mengesahkan dua individu terbabit adalah anggota polis dan memberitahu pihaknya memandang serius insiden tersebut yang secara terang-terangan telah mencemar imej dan kredibiliti pasukan.
Dengan itu, polis memohon kerjasama daripada mangsa dan mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian itu atau mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu pihaknya menjalankan siasatan.
“PDRM tidak mengamalkan `blue wall of silence’ (tidak akan membisu) dan tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku oleh mana-mana warganya.”
Menerusi laman sosial, video tersebut telah dikongsikan lebih dari 8,000 kali dan bilangannya semakin menaik apetah lagi rakaman tersebut turut dilaporkan beberapa portal ternama antaranya Malaysiakini yang membuatkan video tersebut semakin viral di internet.
Dalam pada itu netizens turut berkongsikan pendapat mereka di ruangan komen ;



Sebelum ini beberapa rakaman polis terima (meminta) rasuah pernah tersebar di laman sosial dan itu menjadikan kredibliti PDRM jatuh teruk di kaca mata masyarakat. Dengan penyebaran terbaru ini meskipun Ketua Polis Negara telah mengeluarkan kenyataan akan menyiasat insiden tersebut dengan telus tetap tidak membantu menaikkan imej polis yang teruk terjejas.
Bagi masyarakat, ingat polis, ingat rasuah. Fikir-fikirkanlah..