t>

Breaking News

Selepas Dikritik Pereka Fesyen Baju Melayu 'Tak Berbaju' Tampil Beri Penjelasan.

Akai. 

Sebelum menyalahkan netizens yang begitu mudah tersalah sangka apa salahnya kalau dia meletakkan sedikit caption dengan memberikan penerangan berkaitan supaya salah faham tersebut dapat dielakkan dari terjadi.

Kenapa perlu letak gambar dan biarkan ianya viral kemudian terhegeh-hegeh tampil memberikan penjelasan dengan nada berbaur menyalahkan netizens yang begitu gemar salah sangka?

Memetik laporan Harian Metro Online, Pereka fesyen tersebut yang dikenali sebagai Anuar Faizal menjelaskan, model lelakinya hanya memakai samping dan seluar dalam satu pertunjukan fesyen baru-baru ini, bertujuan menonjolkan fungsi dan kegunaan rekaan, bukannya untuk meraih publisiti murahan.

Anuar turut berkata, model lelakinya hanya memakai seluar di pentas peragaan, kerana beliau mahu menampilkan keunikan koleksi rekaan seluar ‘slimfit’ itu yang dilengkapi dua poket kiri dan kanan, serta mempunyai getah di bahagian belakang, bagi memudahkan pergerakan pemakai ketika menunaikan solat.
 

“Saya tidak akan buat kerja gila dengan menunjukkan rekaan samping atau seluar tanpa baju untuk dipakai pada pagi raya. 

“Sebaliknya, rekaan itu adalah set lengkap yang merangkumi baju, seluar dan samping.

“Tujuan saya pakaikan model lelaki dengan seluar atau samping adalah untuk menampilkan rekaan itu dengan jelas kepada orang ramai. 


“Sebelum pertunjukan bermula, saya sudah fikir kemungkinan dikritik orang ramai yang mungkin tidak faham dengan tindakan saya itu,” katanya kepada akhbar itu, semalam.

Walaubagaimanapun kontroversi berkaitan pakaian tersebut hanya bermula pada saat Anuar memuat naik beberapa gambar koleksi rekaan Baju Melayu yang diperagakan oleh model-model lelaki dalam majlis ‘An EIDevening with ANUARFAIZAL: Unveiling the Eid Collection for Men’ ke Instagram, bukannya ketika event tersebut sedang/selepas berlangsung. Ia tidak berlaku di lokasi sebaliknya selepas pereka fesyen berkenaan memuat naik gambar2 berkenaan dan viral barulah warga maya mengkritik rekaan tersebut atas alasan pereka tersebut perlu menghormati bulan Syawal.





Pendapat kecil ku berkata. Ini adalah sebahagian dari pelannya untuk mempromosikan pakaian. Ya netizens memang salah sangka tetapi boleh jadi ia memang dirancang untuk memberikan impak sebegitu. Siapa tahu.