t>

Breaking News

Sultan Johor Cadang Tubuh Bank Of Johor Untuk Bantu Rakyat Berpendapatan Rendah..

Terima maklumat dari rakan ;

Dan perkara tersebut turut dilaporkan oleh berita sebentar tadi ;

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mencadangkan kerajaan negeri menubuhkan bank sendiri dikenaliBank Of Johor.

Baginda bertitah, bank berkenaan bakal menawarkan perkhidmatan perbankan kepada rakyat Johor.
"Ia bukan saja untuk tujuan pinjaman perumahan atau pembiayaan projek pembangunan tetapi untuk simpanan tabungan serta pelaburan.
 
"Rizab wang tunai kerajaan yang mencecah tiga bilion ringgit dan pendapatan kerajaan dan syarikat milik kerajaan negeri mencecah RM7.5 bilion ringgit setahun, sudah pasti mereka boleh menjadi pemegang saham untuk Bank Of Johor," titahnya.
 
Baginda bertitah demikian ketika mencemar duli menyempurnakan Mesyuarat Pertama Pembukaan Rasmi Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor yang Ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan di sini, hari ini lapor Harian Metro.

Cadangan tersebut menarik cuma kenapa tak terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia? Kalau la dibuka luas kepada seluruh rakyat Malaysia lebih baik sebab orang miskin yang tak boleh beli rumah neh ada kat merata-rata tempat dan gagal dibantu oleh kerajaan pusat. Walaupun kerajaan pusat baru melancarkan skim MYDEPOSIT itupun orang-orang miskin kena dapatkan perjanjian pinjaman dengan bank dulu... biasanya orang2 miskin mana la bank nak layan untuk luluskan pinjaman pembiayaian pembelian rumah.. fikir-fikirkanlah..