t>

Breaking News

20 Sebab Kenapa Najib Tidak Layak Menjadi Perdana Menteri - Mahasiswa Sound Najib Kaw-Kaw.



  1. Datuk Seri Najib Razak tidak boleh ditegur. Apabila ditegur sahaja, segala jawatan akan dilucutkan. Contohnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilucutkan jawatan daripada kabinet kerana menegur beliau tentang kes 1MDB.
  2.  
  3. Wang sebanyak RM2.6 bilion terdapat dalam akaun Najib yang didakwa derma oleh kerajaan Arab tidak dapat dibuktikan dengan sahih. Tiada kenyataan akaun bank dan rekod di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
     
  4. Kos sara hidup melambung naik kerana cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Cukai ini amat tidak adil kerana dilaksanakan secara pukul rata. Semua pihak akan kena tidak kira anda miskin, cacat, orang tua, ibu tunggal.
     
  5. Isterinya Rosmah Mansor tidak memakai tudung walaupun beragama Islam.
     
  6. Najib memecat peguam negara bersabit kes 1MDB dengan mendakwa bahawa beliau jatuh sakit. Tidak ada surat pengesahan daripada doktor bagi membuktikan bahawa beliau sakit.
     
  7. Najib tidak membenarkan bekas PM Malaysia iaitu Mahathir Mohamad untuk berjumpa dengan dengan pemimpin dan anggota-anggota Umno lain. Perkara ini diakui sendiri dalam artikel Mahathir bertajuk “Menghadapi cabaran”.
     
  8. Jabatan bengkok yang sepatutnya menjadi projek mega dan tarikan pelancong tidak diteruskan semata-mata tunduk pada kehendak Singapura.
     
  9. Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan berucap di Perhimpunan Agung Umno 2015.
     
  10. Datuk Seri Shafie Apdal, bekas Naib Presiden tidak dibenar bercakap setelah dipecat dari jawatan menteri.
     
  11. Nilai ringgit jatuh dan semakin susut bawah pemerintahan Najib.
     
  12. Najib seorang yang tidak mengenang budi. Mahathir dalam artikelnya “Tun Razak” amat mengenang budi Tun Razak yang menolong beliau menjadi perdana menteri. Tidak seperti Najib yang sentiasa mencari jalan bagi memburukkan Mahathir.
     
  13. Najib bersiap sedia untuk menyerahkan diri kepada kuasa luar apabila menandatangani Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TTPA).
     
  14. Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysua (SPRM) yang sepatutnya badan bebas akan tetapi mengikut telunjuk Peguam Negara agar dihentikan segala penyiasatan terhadap Najib dalam kes 1MDB.
     
  15. Najib menaburkan ‘dedak’ kepada orang bawahannya. Siapa yang tidak makan ‘dedak’ beliau akan disingkirkan.
     
  16. Berbelanja dengan gaya hidup mewah. Contohnya dapat dilihat pada aksesori Rosmah dan perbelanjaan perkahwinan anak perempuannya.
     
  17. Najib bertanya kepada Singapura untuk membina kereta api kelajuan tinggi. Apabila permintaan ditolak beliau tidak bertegas mempertahankannya.
     
  18. Najib menjadi penasihat 1MDB. Sejak pelbagai tuduhan dikenakan terhadap beliau mengenai 1MDB, beliau banyak menafikan sedangkan sebagai penasihat beliau sepatutnya lebih tahu. Akhirnya beliau mengaku duit yang diterima adalah derma.
     
  19. Janji Najib untuk menyaman semua akhbar asing yang menuduh beliau dalam kes 1MDB hanya tinggal janji.
     
  20. Laporan portal kewangan antarabangsa, Finance Asia menyenaraikan Najib sebagai Menteri Kewangan paling teruk di rantau Asia Pasifik.
     
  21. Walaupun Abdullah sering digelar pemimpin tidur, pencapaian beliau dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 lebih baik daripada Najib yang mendapat keputusan terburuk dalam sejarah BN pada PRU ke-13.
Di manakah demokrasi yang sentiasa dilaungkan? Di manakah janji rakyat didahulukan
pencapaian diutamakan? Berubahlah Najib demi masa depan Malaysia yang lebih baik. Jika
tidak mampu menggalas tanggungjawab, jadilah seperti orang Jepun dan letak sahaja jawatan.(Mkini)

MUHAMMAD EFFENDI BIN ISMAIL seorang pelajar sarjana sains politik di sebuah universiti awam.