Calon Ini Dikritik Kerana OKU Namun Jawapan Balas Yang Diberi Membuatkan Penyokong PAS Termalu Sendiri.



Apa guna sempurna tubuh badan kalau sidang dun pun dia ponteng sidang parlimen apetah lagi.

Hihi.

Antara kelainan dalam PRN Sarawak 2016 kali ini ialah apabila parti baru yang juga serpihan PAS meletakkan pencalonan dari Orang Kelainan Upaya ataupun OKU untuk bertanding di kawasan Gedong, N26.

Calon berkenaan tidak sempurna anggota tubuh badan seperti kebiasaannya calon-calon PRU mahupun PRN selama ini.

Perbezaan tersebut membuatkan sesetengah ahli/penyokong PAS seperti mempersoalkan bahkan ada yang seakan-akan menyindir calon berkenaan di ruangan maya.

Antara yang hangat diviralkan oleh penyokong2 Amanah ialah ;

 

Well, bagi aku, aku tak nampak seperti dia menyindir atau merendah-rendahkan OKU tetapi aku percaya persoalan tersebut timbul disebabkan calon berkenaan daripada AMANAH. Cuba bayangkan jika calon tersebut dari PAS? Maka krik krik krik la jawabnya.

Hihi.

Berbalik kepada tajuk asal. Selepas disindir kerana OKU, Rapelson Richard Hamit akhirnya tampil dengan jawapan yang sangat membuatkan penyokong2 PAS rasa termalu sendirian dan tersindir kaw-kaw.

Ini katanya ;




Hish.Hish.Hish.

Siap ada kempen mengatakan OKU tak layak jadi calon. Siapa la punya kerja tu. Jahat gile pemikiran dorang tu.

Ini pendapat aku la. Ya, Richard tu OKU tetapi walaupun dia OKU dia tak nampak macam OKU pun. Dia boleh bergerak aktif dan lebih utama memiliki tahap pendidikan yang tinggi. Bukan cikai-cikai. Siap aktif dalam beberapa gerakan yang melibatkan rakyat awam yang tertindas. Bahkan dia boleh menggunakan komputer, menulis seperti biasa walaupun tak sempurna macam kita. Jadi aku tak nampak keperluan mempertikaikan kelayakan dirinya. Pada aku dah cukup baguslah kalau lepas dia menang nanti dia buat kerja dan tak ponteng persidangan tak tentu hala. Kalau kita perhatikan juga. Di Malaysia neh yang kaki rasuah, kaki seleweng, kaki ponteng, kaki jahanamkan wang rakyat, kaki kebas, kaki penipu, kaki sakau projek, kaki gila jawatan, kaki tipu rakyat dan macam-macam lagi la jenayah yang mereka buat adalah dari kalangan yang sempurna anggota tubuh badan, sihat akal fikiran bahkan yang memakai serban pun ada.

Tak payah nak berbangga sangat dengan jari-jemari yang korang miliki kalau ianya akhirnya digunakan untuk membela pimpinan tak guna di laman sosial.

HAHAHAHAHAHA.

Share this :

Previous
Next Post »