t>

Breaking News

Debat 1MDB - Arul Kanda Tarik Diri Dalam Cabaran Debat Kali Kedua.


Ketua Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy telah menarik diri dari debat bersama ahli parlimen DAP, Tony Pua walaupun beliau pernah menyatakan persetujuan untuk berbuat demikian, beberapa hari yang lalu. 

Dalam kenyataannya, Arul berkata, beberapa perkembangan semasa telah menyebabkan beliau terpaksa membuat keputusan itu. Atas cadangan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), yang mana Pua juga adalah salah seorang anggotanya, pihak polis telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat penemuan-penemuan jawatankuasa itu mengenai 1MDB, ujar beliau. Pada masa ini juga, 1MDB terbabit dengan pertikaian awam dengan International Petroleum Investment Company (IPIC)," katanya. "Saya kini menumpukan kepada membantu pihak polis, dan menyelesaikan pertikaian IPIC. 

Oleh itu, saya tidak boleh melibatkan diri dengan debat yang mungkin menjadikan kedudukan perundangan 1MDB sebagai prejudis dalam kaitan dengan siasatan polis dan pertikaian," katanya lagi. Semalam, Pua menzahirkan kepada pihak media bahawa Arul telah menghubunginya dan bersetuju untuk berdebat. Arul meminta beliau membuat pengendalian sewajarnya bagi menjayakan acara tersebut, kata Pua yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara. "Beliau telah menugaskan Ketua Komunikasi 1MDB, Robert Ho untuk mengepalai perbincangan tentang format dan struktur debat atau rancangan bual bicara tersebut," jelas Pua. 

Pua, yang turut menganggotai PAC memperbaharui cabarannya untuk berdebat dengan Arul Kanda pada 14 April selepas PAC menerbitkan lapora 1MDB. Cabaran awal telah disekat oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana PAC belum memuktamadkan siasatanya dalam 1MDB. - Malaysiakini