t>

Breaking News

Jangan Tangkap Pengkritik Saya, Ada Rancangan Untuk Alih Perhatian Oleh Pihak Tertentu Kata TMJ.


Wartawan : Assalamualaikum Tunku. Salam Jumaat. Terima kasih kerana memberi masa untuk kami mewawancara Tunku pada hari yang mulia ini. Tunku didapati sebagai seorang yang 'straight forward' dimana apabila Tunku mengeluarkan kenyataan, Tunku jarang bertapis-tapis dalam sesuatu perkara. Kami sebagai wartawan dan penyokong bolasepak begitu teruja apabila mendapat berpeluang mewawancara Tunku sendiri.

TMJ : Waalaikumsalam. Terima Kasih.

Wartawan : Tunku, Kami dapati didalam sosial media ada seseorang mengata sesuatu yang tidak elok terhadap Tunku yang kemudian telah ditangkap untuk disoalsiasat oleh pihak polis. Dan ada juga media-media sosial lain yang cuba membesar-besarkan cerita ini bagi menghangatkan lagi suasana.

TMJ : Ya. Saya dimaklumkan tentang perkara ini tetapi apa yang boleh saya lakukan sekiranya ada orang yang ingin membuat laporan polis mengenainya. Terus terang saya cakap yang saya tidak peduli apa sahaja orang mengatakan kerana saya amat bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan kepada saya. Saya tiada masa untuk melayan orang-orang seperti ini.

Kadang-kadang ada antara pages-pages didalam sosial media diupah oleh sesetengah organisasi yang mempunyai kuasa supaya melaga-lagakan rakyat bagi mengalihkan perhatian isu-isu lebih besar dalam negara kerana ini membolehkan orang-orang dan organisasi tertentu melaksanakan misi mereka tanpa disedari manakala rakyat masih sibuk dengan hal hal yang lain. Rakyat kena pandai menilai sendiri. Saya bertuah dengan kedudukan saya ini, saya dapat melihat dan mendengar dengan mata dan telinga saya sendiri tentang apa yang dirancangkan oleh orang-orang besar dan organisasi yang tidak akan dapat diketahui oleh rakyat-rakyat diluar sana.

Sebagai contoh, saya pernah mempersoalkan kepada seseorang individu (tidak menyebut nama individu tersebut) kenapa kita tidak boleh meningkatkan lagi taraf pelajaran, beliau menyatakan kepada saya kerana ada 2 fakta. Fakta pertama adalah untuk mendapatkan undi dan yang kedua adalah lebih mudah untuk mengawal pemikiran orang yang bodoh dan tanpa berpelajaran.

Itulah sebabnya saya lebih memberi keutamaan kepada rakyat Johor dalam hal-hal pelajaran kerana saya tidak mahu rakyat saya mudah dipermainkan oleh sistem yang memutarbelitkan perkara-perkara sebenar serta mengalih perhatian isu-isu besar daripada rakyat.

Akhir sekali, saya dengan rendah diri mencadangkan kepada PDRM agar tidak menangkap mana-mana individu yang telah membuat sebarang kenyataan yang menghina terhadap saya. Saya lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara saya dan individu-individu tersebut dan memberikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan, dan bersemuka antara mereka dan saya sahaja. Saya akan menghargainya jika anda bersetuju dengan cadangan ikhlas saya ini.

Wartawan : Terima kasih Tunku dengan penjelasan ini. Untuk pertanyaan yang terakhir, apa perasaan Tunku dengan pencapaian Tunku hari ini?

TMJ : Awak nak saya jawab dengan cara merendah diri dan berkias atau awak nak perkara yang sebenar-benarnya..?

Wartawan : Sudah tentu kami ingin mendengar dari hati Tunku.

TMJ : Baiklah. Saya berjaya meningkatkan RM30 juta wang kelab kepada RM120 juta dalam masa satu tahun sementara yang lain kehilangan wang mereka.

Saya berjaya membantu kelab dapat 6 piala dari tiada piala dalam masa 3 tahun.
Saya berjaya mengubah sebuah kelab menjadi sebuah empayar.

Saya berjaya letakkan nama negeri saya di mata dunia sementara mereka yang lain hanya memberi janji palsu kepada penyokong mereka semata-mata ingin mendapat sokongan dan undi.

Saya berjaya ubah satu nama kepada sebuah jenama. Saya berjaya mengubah pemain professional menjadi pemain superstar.

Saya berjaya mengubah individu-individu dalam industri bolasepak jadi jutawan. Saya memenangi piala pertama saya ketika bermain polo sewaktu saya berumur 11 tahun.

Saya satu-satunya pemain polo di dalam negara dan pemain asing yang memenangi Kejohanan Terbuka Metropolitan (high gol 24) di Argentina untuk dua tahun berturut-turut.

Saya satu-satunya kerabat diraja yang menerima latihan 'Special Forces' dan 'Airbone'. Saya hanya satu-satunya warga asing yang mengetuai Perbarisan semasa Hari Kemerdekaan iaitu salah satu askar terkuat di dunia yang dikenali sebagai kuasa nuklear iaitu India.

Nama saya dinyanyikan ribuan orang apabila saya memasuki stadium.Saya adalah seorang insan yang 'real' manakala sesetengah mereka (anak-anak orang kenamaan) di KL cuba berlagak 'gangster'.

Saya disayangi oleh rakyat saya, dihormati di negeri-negeri dan negara lain, ditakuti oleh orang-orang yang mementingkan diri sendiri demi kuasa, dan billionair berusia 31 tahun yang paling dibenci oleh mereka yang mempunyai penyakit mental.

Kebenaran menyakitkan? Teruskan membenci.

Wartawan : Terima Kasih Tunku.

TMJ : Sama-sama

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor