t>

Breaking News

Kematian Tragis Enno Kini Dijadikan Bahan Troll Di Laman Sosial.

Ini lawak ke korang rasa?


Lawakk?


Lawak ke?


Seriyus tak faham dengan dia ;


Bebudak ke? Aku tengok macam orang tua je. Kemon la.

Ade ke benda macam neh buat main. Oke, aku ada jalankan sedikit siasatan ala-ala detektif Conan gitew.

Aku dapati beberapa perkara ;

1. Page tersebut bukan page yang aktif pun.

2. Jarak posting terbaru dengan posting lama ialah 2 tahun. Dia upload satu video pada tahun 2014 bulan September. Lepas tu tak update-update.

3. Kemudiannya dia update gambar2 troll kematian Enno.

4. Gambar2 berkenaan viral dengan pantas sepantasnya sebab case tersebut kan kontroversi dan sensitif nak-nak selepas admin Amran Fans buat hal dengan lawak bangang dia tue.

5. Bila aku terai google sikit untuk cari asal usul gambar2 berkenaan, betul ka nak troll kematian Enno, memang tak jumpa gambar yang sama dengan gambar2 yang disebarkan tu. 

6. Bila aku tengok muka-muka dalam gambar tersebut, nampak macam pekerja warga asing pun ada. Macam tinggal kat dorm ataupun asrama pekerja ataupun bilik pekerja. Tengoklah tilam dorang. Ini taktik mempergunakan warga asing ke apa neh. Manipulasikan dorang untuk mendapatkan sesuatu ke? 

7. Kemudiannya. Aku nampak pula admin page tersebut berkongsikan link page mencari pekerja. 



8. Lepas tu mata-mata aku merayau lagi memerhatikan page berkenaan. Aku dapati selain dari berkongsikan link page di ruangan komen, admin berkenaan turut kongsikan page mencari pekerja di page yang upload gambar2 kontroversi berkenaan dan share posting dari page tersebut (page yang dia beria promote tu ah).

9. So kat sini aku terbayangkan satu teori.

10. Entah sapa la bagi idea kontroversi agar memanipulasikan kematian Enno bagi mencapai sesuatu tujuan.

11. Upah la beberapa orang untuk buat adegan di atas. Tangkap gambar mereka. Yang diupah ini pun entah tahu entahkan tidak kes Enno. Almaklumlah benda berlaku di Indonesia, bukan di Malaysia.

12. Kemudiannya viralkan di satu page. Tak boleh directly guna page yang kita nak promote tu. Sebab nanti makan diri. Orang akan jadi benci pasal kita manipulate kematian Enno.

13. Gunakan page lain sebagai dummy. 

14. Then sambil2 tu promote page sebenar. Sasaran sebenar kita.

15. Sebaran gambar2 di atas sebenarnya berniat nak provoke orang untuk komen, share dan baca apa yang diupload oleh page dummy tadinya tu.

16. Bila ramai2 masuk, maka peluang untuk netizens nampak iklan cari pekerja tu lebih meluas.

17. Maka akan ada la likers baru.

18. Tapi aku macam pelik gak. Kenapa admin dia guna cara kontroversi nak mendapatkan pekerja? Ko offer pekerjaan kot. Tak perlu guna teknik marketing gila babi macam neh. Pekerjaan memang sesuatu yang dicari-cari pun. Kalau ko nak reach lebih ramai facebookers, better buat iklan. 

19. Jangan2 ntah betul ntah tidak page cari pekerja tu betul2 cari pekerja. Kalau betul pun ntah2 makan komisen per kepala. Biasa dah agent2 kilang neh. Cari pekerja dapat komisen apa. 

20. Itulah pendapat aku. Aku rasa idea neh timbul lepas tengok Meran teruk kena belasah dengan netizens atas isu Enno. Eh syiall la. Ada pula jilake yang amek kesempatan. Macam-macam. Nak untung punya pasal.

Kbai.