t>

Breaking News

Lawak Cangkul & Amran fans - Orang Indonesia Patut Baca Ini.


Apa yang dia buat aku percaya sebagai taktik propaganda marketing untuk jual buku & baju dia. Dia bukan mahu berjuang lawan kebodohan kerana kebodohan itu sendiri sebaliknya dia sedang memanipulasikan kebodohan sebagai punca mencari rezeki.

Aku tiada masalah tentang itu sehinggala aku melihat dia sendiri pun bodoh untuk mengatakan orang bodoh. Lawak-lawak mempersendakan maruah perempuan dalam isu tetek membawa kepada mempersendakan isu kematian paling tragis & kontroversi di Indonesia ketika ini sudah cukup mendefinasikan tahap kebodohan admin Amran Fans.

Kesilapan AF bermula bila dia fikir orang berfikir seperti mana dia berfikir. Penyokong2 dia yang taksub telah meletakkan AF sebaris dengan Allah dalam keadaan mereka sendiri tidak sedar. AF siap sindir buku selfie Hafiz Hamidun (aku pun tak minat & tak beli) tapi buku dia sendiri sekadar copy paste status efbi. Yang kedua aku tatau la sebab aku tak beli. Yang pertama pun aku tak beli tapi aku membaca kritikan2 umum tentangnya. Cuma kat sini jelas aku nampak dalam dia mengkritik orang, dia sendiri pun tak tentu hala rupanya.

Sudahla salah, masih ego.
Pengikut-pengikut Tuhan Meran pula macam biasa.
Salah pun sokong. Betul lagi la sokong.
Lepas tu sekarang berdalih isu dah minta maaf pun orang tak terima. Siap kata tak patut
boikot buku dia. Maksudnya dengan memboikot buku dia, netizens dah mencucuk sensitiviti dia. Laa reti ke sensitif? BTW, tak perlu risau la Meran. Bukan ke orang
Malaysia neh acah-acah sensitif? Lama kelamaan mereka lupa la tu. Tak gitew ke
Meran?

Muahahahaha

Lawak Cangkul & Amran Fans.

Kononnya pada hari ini, semua orang tahu membuat kritikan sosial, kononnya hari ini semua orang paling hebat memerhati masyarakat dan membuat ulasan. Halaman FB Amran Fans juga tak terlepas melakukan hal ini.

Aku dah lama menahan sabar atas alasan kebebasan bersuara, maka bantahan aku cuma secara individu atau pun status marah-marah di FB. Bermula dari "kritikan" terhadap perempuan yang memakai purdah, ibu menyusukan anak sehingga hari ini, yang paling melampau; membuat jenaka jenayah rogol dan bunuh yang sadis menggunakan cangkul.

1. Jenayah rogol yang diikuti dengan pembunuhan secara kejam (bersenjata) bukan hal yang boleh dibuat lawak. Jenaka tahap tak ada akal ini membuatkan perhatian orang terhadap jenayah ini mcam kesalahan kau curi pemadam kawan dekat sekolah. Seantero dunia sedang berduka dengan kematian Yuyun, dirogol oleh 14 orang dan Enno, dirogol serta dibunuh dengan kejam dengan sula batang cangkul ke dalam badannya, dan kau dengan kebebasan halaman FB, boleh buat kelakar?

2. Betapa ramainya orang menderita dari jenayah rogol. Kau ingat perempuan sahaja yang jadi mangsa rogol? Kau lupa kes budak lelaki banyak yang dicabul? Kau lupa tak lama dulu ada budak lelaki yang diliwat dan disula sehingga ususnya pecah di Malaysia ni? Kalau engkau lupa apatah lagi tak tahu, jangan berani-berani berjenaka hal-hal semacam ini. Kau tahu apa kesan psikologi jenayah rogol kepada mangsa dan keluarga? Apatah lagi penerimaan masyarakat terhadap mangsa! Semuanya ditanggung secara sendirian berhad oleh mangsa.

3. Hari ini aku buat keputusan untuk hentikan jualan buku-buku Amran Fans sebagai ejen buku. Kebodohan dan ketidakpedulian kau perlu diajar secara ekonomi dan kehilangan kau dari pasaran. Sudahlah buat salah, buat perangai politikus pusing sana-sini. Buat pengikut-pengikut, aku tak pedulilah kau nak hina apa pun terhadap fizikal aku, aku cuma nak kau ingat, jenayah rogol adalah serius dan kau kena ingat tentang keselamatan diri adik beradik, saudara mara perempuan kau. Perjuangan kesedaran hak perempuan dan jenayah terhadap perempuan bermula dari pilihan kau, kalau kau memilih kebodohan dan ketidakpedulian terhadap hal ini, aku sarankan kau pergilah mati dengan kesombongan dan keangkuhan kau. Kau tak pernah mendengar jerit mangsa yang trauma, jadi kau sedap la main wechat merepek-merepek tunjuk gambar cangkul bila perempuan tak layan kau, screencap letak dekat halaman FB kau yang penuh orang yang fikir sama macam kau, bodo!

Sumber : Fb Alynn Saharuddin