t>

Breaking News

32 Ahli AMANAH Keluar Parti Isytihar Sokong Calon BN - Betul Ke?


Ahli Amanah kempen pilih Budiman SUNGAI BESAR :

Seramai 32 ahli Penaja Parti Amanah Negara (Amanah) Sungai Besar sebulat suara menolak calon mereka, Azhar Ab Shukur kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan pimpinan tertinggi parti berkenaan.

Timbalan Ketuanya, Mohd Sapigni Tulus berkata, Amanah telah melatakkan calon yang salah dan tidak mempunyai kredibiliti sebagai ahli parlimen sebagaimana yang diharapkan penduduk Sungai Besar.

“Amanah telah meletakkan calon yang kami sifatkan sebagai ‘Touch N Go’ kerana beliau tak bermastautin di sini dan bukan dikira sebagai anak tempatan kerana menetap di Pahang.

“Jika menang sudah pasti beliau tidak mampu merencana dan melaksanakan apa-apa agenda pembangunan, sosial atau masyarakat kerana hanya berada di Sungai Besar dua kali sebulan untuk menjenguk kawasan,” katanya dalam satu sidang media tergempar di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, mereka menolak Azhar kerana beliau memiliki ciri-ciri dan dan tidak-tanduk yang bongkak, angkuh dan sombong. “Sejak merampas kepimpinan Amanah Sungai Besar secara kotor, semua pemimpin yang menghidupkan parti tersebut telah disingkirkan.

“Perlakuan tersebut jelas di luar batas seorang pemimpin yang baik untuk rakyat kerana dari awal lagi beliau telah menunjukkan kebiadaban terhadap rakan-rakan parti di Sunagi Besar,” katanya.

Katanya, beliau pernah suarakan ketidakpuasan hati ahli terhadap calon pada pimpinan tertinggi negeri tetapi mereka tidak mengendahkannya. “Jawapan yang kami terima menduka citakan seolah-olah melepaskan batok di tepi tangga sedangkan masih ramai calon di kalangan anak tempatan yang berwibawa,” katanya.

Justeru, Sapigni berkata, beliau menyeru supaya pengundi di Sungai Besar sama ada Melayu, Cina dan India memilih Budiman sebagai galang ganti Azhar mahupun calon Pas, Dr Abdul Rani Othman. “Antara ketiga-tiga calon yang ditampilkan kami dah tak percaya dengan calon sendiri malahan mengistiharkan untuk menyokong calon BN, Budiman Mohd Zohdi kerana beliau sahaja calon yang sesuai mewakili semua penduduk di Sungai Besar. “Pengundi tak ada pilihan lain selain memilih calon BN, Budiman Mohd Zohdi kerana rekod kerja telah membuktikan beliau seorang Adun yang menyerlah di Sungai Panjang selama tiga tahun,” katanya. 

Katanya, keputusan menolak Azhar tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak sebaliknya bertitik tolak atas kesedaran mereka sebagai ahli Amanah. “Kami buat atas kesedaran sendiri dan kami juga tak dibayar walau satu sen pun untuk menolak Azhar sebagai calon kami. “Kami berfikir apa salahnya dalam ketiga-tiga calon yang bertanding kita memilih siapa yang terbaik dan mempunyai rekod kerja yang cemerlang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua ahli yang ada pada malam ini tidak takut dibuang daripada parti kerana menolak Azhar dan mencadangkan pengundi memilih Budiman. 

“Kalau kami dipecat tetapi ia mendatangkan bahagia kepada beribu orang apa salahanya jadi pecatlah kami,” katanya. Dalam masa yang sama, Sapigni juga memaklumkan bahawa beliau tidak akan keluar dari Amanah atau menyertai mana-mana parti termasuk BN sendiri.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/ahli-amanah-kempen-pilih-budiman-1.532363