Aktivis Perjuangkan Hak Wanita Muslim Makan Di Khalayak Pada Bulan Puasa Dikritik Netizens.

Sebenarnya benda neh bukan isu. Tak pernah nampak benda macam neh patut dijadikan isu sehingga perlu ada satu perjuangan ke arahnya. 

Baru-baru neh salah seorang aktivis feminisme yang agak terkenal di laman sosial, Maryam Lee telah berkongsikan satu pengalaman yang dialaminya kerana makan di dalam kawasan restoran. 


Perkara berkenaan dikongsikan oleh aktivis berkenaan menerusi account media sosial facebook miliknya.


Ini apa yang kami dapat menerusi FMT ;




(rujuk)


Pihak kami gagal mengesan status asal tuan punya badan dan kami percaya posting berkenaan telah pun dipadamkan namun tuan punya badan menafikan telah memadamkan status berkenaan. Selain dari status di atas, pihak kami turut mendapati ada status lain yang berkaitan dengan isu ini turut hilang dari pandangan awam. Tidakla mahu kami menuduh apa-apa memandangkan tuan punya badan menafikan.


Hehe.


Menurut Maryam Lee dia telah ditegur oleh pengurus restoran The Chicken Rice Shop kerana makan di dalam kedai pada waktu siang di bulan ramadhan. Merasakan perbuatan itu merupakan satu ganguan lantas dia berkompromi dengan pengurus restoran berkenaan. Maryam mempertahankan tindakannya atas alasan makan di kawasan public pada bulan Ramadhan bukan satu jenayah manakala pengurus restoran mempertahankan tegurannya atas alasan perbuatan itu tidak bermoral tambahan pula restoran berkenaan boleh dikompaun kerana menghidangkan makanan kepada muslim di bulan puasa. Maryam kemudiannya menyelar tindakan pengurus restoran tersebut di laman sosial disamping turut mendedahkan selain dari pengurus restoran berkenaan, Maryam turut ditegur oleh pelanggan lain yang berada di restoran berkenaan. Bagi Maryam apa yang terjadi ke atasnya merupakan satu bentuk intimidasi dan perkara tersebut perlu dihentikan.


Sejujurnya bukan tidak pernah terjadi wanita muslim yang tidak boleh berpuasa makan di kawasan umum. Walaupun mungkin mereka tidak makan di dalam restoran. Tindakan Maryam ialah satu bentuk ujikaji bagi mengubah stigma masyarakat bahawanya seorang wanita muslim apabila mahu makan mereka perlu makan secara bersorok. Jika makan di kawasan terbuka mereka akan diharass, ikut pengalaman si Maryam neh la.


Sebenarnya, sejak bila wanita muslim yang apabila mahu makan pada bulan puasa, mereka makan secara bersorok? Aku sendiri makan di kawasan umum tak pernah ditegur mahupun dilarang oleh sesiapa pun selama neh. Tidak pernah walau sekalipun dihalang. Aku beberapa kali makan di kawasan umum (bukan restoran atau fast food). Contohnya seperti makan di taman, makan buah (rasa buah) di gerai buah, minum air ketika berjalan di bazar ramadhan. Tak pernah nampak ada mana-mana pihak yang kisah dengan perbuatan aku malahan dorang buat bodoh je. Macam, ada aku kesah?


Nampaknya situasi yang pernah dialami aku dan Maryam berbeza. Tak pasti kenapa tetapi aku memang tak pernah kena tegur atau dihalang dari makan dan minum secara terbuka oleh sesiapa pun.


Adakah kerana mengandung?

Jika ya, maka Maryam patutlah mengandung dulu. Lepas tu melantak la apa-apa pun atas nama mengidam. 

Hihihihihi.


Bagi perempuan yang tidak mengandung dan hanya semata-mata datang period lalu menuntut hak untuk makan di fast food atau mana-mana restoran aku cadangkan jangan terlalu menghukum sebelah pihak. Bagi pihak restoran mereka bertindak atas nama undang-undang. Kalau kena kompaun semata-mata jamu kau makan dengan bayaran tak sampai 50.00 berbaloi ke? Memang la bukan satu tindakan jenayah bagi kau yang makan tetapi bagi pihak restoran mereka telah melanggar undang-undang. So tak adil nak menilai masyarakat sebagai jumud. Pun begitu, apa salahnya kau beli bungkus dan melantakla di mana-mana tempat yang bersesuaian. Waktu aku kerja part time dulu masa tak dapat puasa, beli juga makanan bungkus di restoran mamak dan makan kat tempat kerja. Apa masalahnya? Benda takde isu kalau diperbesar-besarkan orang akan nampak kita neh macam sedang mengarut. Lagipun ianya satu bentuk intimidasi kepada pemilik restoran kalau mereka pula diperlihatkan seperti tidak menghormati bulan ramadhan lalu dikompaun. Kita nak memperjuangkan hak mestilah tengok kiri kanan dulu macam mana. Nak jaga emosi kita emosi orang pun kita tak boleh kacau. Demi nak mempertahankan hak kita, kita usik hak orang itu pun salah juga. 


Berbalik kepada Maryam Lee. Aku dapati dia tak nampak masalah sebenar yang membelenggu kaum wanita. Ingat pompuan2 muslim kisah ke dapat makan kat fast food ataupun tidak? Ingat orang2 pompuan neh gila sangat nak melantak rojak di The Chicken Rice Shop tengahari2 buta time bulan ramadhan ke macam mana? Wanita muslim tak kisah benda tu. Mereka bahkan lebih baik, berfikiran positif dan boleh je bertolenrasi dengan situasi2 seperti bulan ramadhan berbanding aku dan kau yang slumber je makan di kawasan public. Mereka tiada masalah minum dan makan bersorok atau di kawasan bertutup seperti di dalam kereta.


Kebarangkalian nak jumpa perempuan datang bulan yang beria sangat nak makan di depan orang time bulan puasa kalau tidak mereka rasa tergangu atau macam nak mati ialah tidak ada. Melainkan kau sorang je kot Maryam. Aku pun makan time mengandung je. Itupun kalau tak tahan sangat sampai tak mampu puasa biasanya time cuaca panas-panas melampau dan perut aku rasa macam nak meletup2 aku main cekik je tanpa peduli persekitaran.


Sebab tu bila nampak kau beria perjuangkan hak untuk makan di kawasan public aku rasa macam ehh pompuan neh seriyus dah takde kerja yang lagi berfaedah ke? Kenapa benda-benda macam neh boleh dijadikan sebagai isu. Sesungguhnya aku yang membaca luahan ko pun rasa mengarut apatah lagi kaum lelaki. Keterbukaan yang kita perjuangkan tu sebenarnya ianya tak pernah tertutup pun. Tak perlu la kau acah-acah seperti kena tindas.


Baca kritikan2 terbuka terhadap kau Maryam Lee oleh netizens. Aku collect senang untuk kau refer. Insya-Allah ianya takan hilang secara tiba2 dan misteri macam status2 kau yang sebelum ini.


Hehe.


Oleh KC Nazari.



Apa Yang Maryam Lee Boleh Lakukan Demi Mengangkat Martabat Wanita Melayu Muslim
(selain daripada hingar di Facebook tentang rojak The Chicken Rice Shop)

Pagi ini, social influencer Maryam Lee dah turunkan posting pasal tak puas hati orang tegur dia makan di tempat awam di bulan Ramadan.
Masalah brand feminisme acah-acah Islamik ala Maryam ini ada dua:

1. It is all about me, me, me!

Isunya awak makan rojak di tempat awam masa bulan puasa dan orang jeling-jeling kerling-kerling. The next thing we know, awak kata isunya itu isu perjuangan kelas dan penindasan wanita, orang tua dan kanak-kanak.
Isunya awak melaksanakan satu perkara yang boleh dibuat di ruang peribadi (wanita datang bulan dan diberi keringanan makan), dalam ruang awam. Dan awak mengharapkan penerimaan orang ramai.
Kalau mahu jadi feminis Muslim mari saya beri cadangan beberapa perkara berkaitan wanita Muslim yang awak boleh perjuangkan:

a) undang-undang menetapkan nafkah zahir minimum yang perlu diterima wanita berkahwin daripada suaminya

b) penghormatan terhadap anak gadis berusia 16 tahun yang mahu berkahwin dan memohon keizinan mahkamah untuk berkahwin.

c) suasana tempat kerja yang lebih kondusif untuk ibu yang baru melahirkan anak - dedicated space for lactating mothers, nurseri yang ditanggung majikan, dan kawalan kerajaan terhadap kadar penjagaan nurseri.

Setakat bising seantero dunia isu dikerling dan diherdik makan rojak, awak Maryam Lee ini tak lebih daripada seorang single, entitled and spoiled Malay female feminist - yang gemar menjadi a righteous victim.

2. Making noises on petty issues to rile up Islamophobia and anti-Islam sentiment.

Lepas tulisannya semalam, ia sedikit sebanyak membenihkan persepsi Melayu Islam ini antiperempuan yang sedang datang bulan dan diberi kelonggaran untuk tak berpuasa.

Level awak ni Maryam tak ada beza dengan level mufti Pahang yang isytihar ahli DAP sebagai kafir harbi dan halal diperangi dan dibunuh.

Yang seorang totok perkauman (racist bigot) dan yang seorang jumud kejantinaan (gender chauvinist).

-KC Nazari-
Yang.Sering.Dilabel.Seksis


Oleh ZF Zamir.
Penunggang Perut
1. 1 dari 9 orang di bumi tak mempunyai makanan yang cukup, bersamaan dengan 795 juta manusia.
2. 12.9% dari populasi orang-orang kelaparan yang majoriti dari negara membangun dikategorikan sebagai ‘undernourished’.
3. 2 per 3 daripada orang-orang kelaparan ini adalah dari benua Asia.
4. 1 dari 4 orang di Sub-Sahara Afrika dikategorikan sebagai ‘undernourished’.
5. Nutrisi yang tak mencukupi menyebabkan 45% kematian kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. 3.1 juta setiap tahun.
6. 1 dari 6 kanak-kanak, dianggar 100 juta dikategorikan sebagai ‘underweight’.
7. 1 dari 4 kanak-kanak seluruh dunia bantut kerna tak cukup nutrisi.
8. 66 juta kanak-kanak ke sekolah setiap hari dalam kelaparan, dengan 23 juta di Afrika sahaja.
9. Beginilah tuan-puan, bukan kita seorang sahaja yang lapar di dunia ni tau dan rasa MESTI nak makan rojak Penang di Chicken Rice Shop walaupun bulan Ramadan.
10. Agaknyalah, kenapa mak kita, tak ambil nasi penuh lauk sepinggan duduk depan TV makan depan suami makan depan anak di bulan Ramadan masa uzur?
11. Sebab semua ini, bukan hal agama. Amalan ni tak ada kena mengena dengan mana-mana penunggang agama, mullah atau mufti. Atau tradisi juga budaya.
12. Jadi, yang beriya nak melantak mentekedarah di depan awam juga walau tahu bulan Ramadan ni, sebenarnya sebab perut dia sendiri je. Perut ni dah masuk kategori nafsu.
13. Nafsu ni isu personal. Dalam dunia ni punya banyak masalah lain yang perlu kita fikirkan? Perang di Syria, ketidakstabilan jalur Gaza, konflik wilayah Iraq, krisis makanan global misalnya.
14. Di Kuala Lumpur sendiri, entah berapa ramai lah agaknya anak kecil, keluarga atau ibu tunggal tak cukup makan? Jangan salahkan agama, agamawan atau budaya bila berdepan dengan nafsu perut sendiri.
15. Tapi begitulah pejuang perut tuan-puan ni. Fikir perut dia je, makan pula di kompleks beli belah terkenal. Pejuang middle class macam ni jugalah yang kemudiannya berbual hal oppressed oppressed ni.
Oleh Benz Ali.
ada orang Islam bising tak boleh makan masa bulan puasa. dia kata restoran perlu hormat hak dia untuk makan. restoran tu marah kau sebab restoran tu takut restoran tu kena raid. kenapa kau tak fikir periuk nasi mereka juga? kenapa hanya fikir perut kau sahaja? kau gastrik ke ape dol?

bagi aku isu ni bukan isu hak. ini isu bangang. ini isu yang sangat picisan. terlalu banyak isu dalam Malaysia ni, isu pusat zakat tak buat kerja, isu pesta charity sebagai pesta degradasi (degradation) manusia, ada 60 orang pekerja kilang roti High 5 (Tabung Haji) kena buang, mereka nak buka puasa makan apa pun taktau. isu kau tak boleh ponteng puasa ni kau nak kecoh-kecohkan. taknak puasa, diam-diam sudahlah. pergilah bungkus dalam plastik hitam dan makan dalam bilik ke, tertutup ke.

orang-orang macam ni, cuba kau perhatikan. puasa taknak. banyak cekadak punya alasan. tapi dialah yang menyemak dekat bazaar macam dia puasa. lepas tu orang macam nilah dok menyibuk buat semak jalan raya, bershopping macam dia puasa penuh. kau tak rasa malu ke hah??

orang-orang borjuah middle class ni, memang isu-isunya bodoh-bodoh ke macam mana?
-------
sebenarnya dalam Islam, boleh je kau tak puasa. period ke, gastrik ke musafir ke. boleh. takdehal. alasan kau kukuh bro.

tapi aku rasa generasi hari ini terlalu manja. generasi di bandar/kota khususnya. macam kes musafir sebagai contohnya.

kau boleh je bukak puasa, tanpa perlu naik kapal terbang atau ke Paris. kau dari KL balik ke Kokdiang misalnya. atau balik ke Kelantan. kau boleh sangat bukak puasa. atau balik ke Cheruk Tok Kun. boleh sangat-sangat kau bukak puasa.

tapi common sense bro.

brader yang bawak bas, tersengguk-sengguk tu pun puasa bro. mereka yang penat bawak bas yang kau naik tu pun puasa. kau tidur je, lapar mende?

sama jua dengan kes-kes lain. kaum pekerja lebih teruk teraniaya, mereka bekerja bagai nak mampus di kilang-kilang. terbaru 60 pekerja Kilang Roti High 5 kena buang kerja. ini gila bro. apa mereka nak cakap dekat anak bini di rumah? jatuh air muka brader. kau belum kahwin ada anak bini lagi. senanglah kau cakap.

okey, apa kau boleh buat? nak cakap masalah tak boleh makan masa bulan Ramadan kau tu lebih penting?

jadi puasa mengajar kau berlapar macam orang-orang miskin, kaum pekerja yang teraniaya tadi brader. rasakan penderitaan mereka. kalau kau tak boleh tolong mereka pun, rasalah keperitan mereka sama. kau masih boleh makan bila malam menjelang. atau makanlah tertutup. malulah sikit pada kaum miskin yang kena tindas dan berlapar hari-hari ni.

kau baru lapar sekejap bro. mereka baru kena buang kerja. gila lah kau ni. takda hati perut.

-----------------


Semoga saudari Maryam Lee kita dapat menerima teguran dan kritikan di atas dengan sepositif yang boleh. Sebenarnya aku bersetuju sangat dengan hujah2 kaum lelaki di atas. Hak untuk makan di restoran bagai sebenarnya isu picisan dan remeh-temeh bahkan perempuan tidak la begitu kemaruk nak bermakan-makan di kawasan restoran2 fast food waktu siang hari di bulan puasa. Bahkan mereka tak fikir pun ianya boleh dikategorikan sebagai hak sampai kau beria-ria nak buat eksperimen bagai. Banyak lagi benda penting dorang nak fikir. Contohnya macam mana nak panjat pagar time kilang buat clearance stock kasut ataupun tarik pagar sampai tercabut ketika ada offer sales. 

Hihi.

Share this :

Previous
Next Post »