Amirul Dipenjara Setahun, Kenapa Page-Page Bola Menyepi Soal Penulis Indie.


Aku bukan suruh kau ubah minat kau pun. Semua orang ada minat masing-masing. Teruskanlah dengan minat kau, cuma janganlah jadi balaci, mengikut membuta tuli. Minat aku pun macam skema sikit.

Tapi yang aku hairan mana page-page bola yang bukan main banyak tu? Apa mereka buat? Bola hanya digunakan untuk main dan lawan sesama sendiri. Bila penyokong kau kena aniaya oleh pembesar/istana, semua diam menyepi.

Ini ke semangat kesukanan yang kau bangga-banggakan sangat tu weh? Yang dok fight isu ni, Suaram dan PSM. Sebab mereka selalu fight isu macam ni pun. Yang page-page bola berbangga dengan jumlah like yang ribu-riban ni buat apa? Terkebil-kebil dengan post benda lawak bangang tak habis-habis.

 Bola sebenarnya sukan rakyat. Bola bukan macam golf, sukan orang tua. Tapi masalahnya bila orang istana pun nak main sukan rakyat dengan rakyat. Rakyat kena pura-pura lemah, sebab kalau menang, rakyat lah yang kena belasah. Kemudian kalau kena boo, kena gelecek sikit, mulalah nak pukul dengan kayu, inilah masalahnya bila merak dari kayangan nak main tangkap cacing dengan ayam jantan di bumi.

Kemudian cepat terasa hati bila masuk dalam Facebook. Hey, Mark Zuckerberg telah hancurkan semua kastalah dalam Facebook. Semua orang sama sahaja dalam Facebook. Siapa pun kau, kau tetap kena daftar guna email. Kau tak boleh masuk guna nama bapak kau atau pangkat kau. Kau tetap kena guna email. Pepatah Melayu ada sebutkan enggang sama enggang, pipit sama pipit. Inilah masalah bila kita tak sedar diri, kita nak bercampur dengan orang tapi orang rasa tak selesa bercampur dengan kita.

Sumber : Benz Ali.

Share this :

Previous
Next Post »