Bapa Minta Pengadu Tarik Semula Laporan Pedofilia Terhadap Anak Sendiri - Apa Jenis Punya Bapa Ini Sanggup Melindungi Perbuatan Penjenayah?

Sebelum ini viral kisah Pedofilia yang dilaporkan berlaku di Johor.

Berikut di bawah adalah kenyataan viral tersebut ;



Ini adalah pandangan dari dalam rumah saya, di situlah seorang lelaki menghentikan motosikalnya di hadapan tong sampah rumah kami. Minta semua ibu bapa berhati-hati, selalu baca 'paper' dan tengok berita, tetapi hari ini berlaku di depan mata saya. 
Tadi(20/6) dalam pukul 11.30 pagi, saya telah ke dapur untuk menyiapkan bekal Uzma ke sekolah, Uzma baru berumur lima tahun, masuk sekolah jam 12 tengahhari. 
Ketika tengah siapkan makanan, tiba-tiba seorang lelaki menaiki motosikal dengan membawa seorang budak perempuan berumur empat atau lima tahun berhenti di belakang rumah saya. 
Budak berkenaan berdiri di bahagian hadapan motosikal berkenaan(skuter) sambil beg sekolah di belakang badan.
Saya nampak lelaki itu alihkan beg budak itu sambil padang kiri kanan, dia tidak nampak saya sebab cermin dapur memang gelap, hanya boleh melihat dari dalam ke luar. 
Selepas alihkan beg budak itu, lelaki berkenaan telah membuka zip seluarnya dan dia angkat baju budak itu, lepas itu dia tarik kain budak perempuan itu.
Saya jerit sekuat hati sambil tangan tepuk-tepuk cermin rumah saya, saya rasa menggigil sambil menangis, saya takut sanagt masa itu, lelaki itu terkejut dan sambil mata memandang kiri kanan, mungkin diatengah cari suara saya, lepas itu dia terus pecut motosikal berkenaan melarikan diri. Ya Allahhh! 
Zarra Asyaari.

Kemudiannya selepas viral, Puan Zarra kembali dengan beberapa kemaskini terbaru.


Katanya ;




Dan lagi ;



Namun kisah ini tidak terhenti disini sahaja. Puan Zarra kembali dengan kemaskini terbaru yang meluahkan perasaan terkejut dan sedih berikutan bapa mangsa iaitu bapa kepada kanak-kanak prasekolah tersebut telah meminta Puan Zarra melakukan satu tindakan pelik yakni menarik semula laporan polis!

Bayangkan. Anaknya telah dicemari dengan perbuatan yang tidak sewajarnya dan seorang bapa bercakap apa? Tarik balik laporan? Tidak mahu memalukan keluarga? Lalu, pelaku akan berlepas diri dari tindakan sumbangnya itu? Jika suatu hari si pelaku melakukan perkara serupa terhadap kanak-kanak lain bagaimana pula? Sanggup ke si bapanya mengambil risiko? Dan bayangkan pula jika si pelaku tersebut menyebabkan kanak-kanak sekecil itu terpengaruh dengan perkara2 yang tak sepatutnya sepanjang masa proses dia membesar, bagaimana pula? Sanggup ke si bapa menerima kesannya kelak? Apa punya bapa dia neh. Takde langsung perasaan sedih simpati mahupun kasihan terhadap anak kandung sendiri. Anak kandung ke? Kenapa begitu kejam?


Jika sungguh pun benar si pelaku mempunyai masalah sakit jiwa (mental) bawa-bawala pergi berubat bukan dibiarkan tanpa kawalan sehingga merosakkan kanak-kanak lain..


Sanggup ya seorang bapa demi melindungi perbuatan si pelaku atas nama menjaga nama baik keluarga berbanding memberikan keselamatan kepada anak sendiri.. jangan-jangan..hmmm.. macam-macam boleh berlaku zaman sekarang neh..

Berikut apa yang dikongsikan oleh Puan Zarra di laman sosialnya ;


Assalamualikum warrohmatullahiwabarokatu.....sebelum saya ingin bercerita panjang, saya minta maaf, saya 'hide'kan tempat mangsa bersekolah, keluarga mangsa dan si pelaku... 


Alhamdulillah,, kes telah berjalan dengan lancar, tadi saya berada di sekolah dan saya dah jumpa adik itu, saya tengok beg dia, saya sedih sangat-sangat, saya nak peluk dia, saya nak cakap dengan dia adik dah selamat.


Paling menyedihkan saya apabila kanak-kanak itu bagitahu yang di belakangnya rasa sakit macam rasa cucuk-cucuk. Ya Allah..

Semasa saya berada di sekolah tersebut, bapanya sedang berada di dalam bilik pengetua sekolah, pengetua telah memaklumkan kejadian yang menimpa anaknya itu., yang paling saya tak dapat terima, si pelaku ada pertalian saudara dengan kanak-kanak tersebut.


Namun, yang paling saya marah, bapanya suruh saya tarik balik laporan polis yang saya telah buat kerana ingin menjaga nama baik keluarga.

Ya Allah... saya minta maaf, saya tak dapat nak tarik balik laporan polis itu, saya serahkan semua kepada pihak polis, tugas saya dan selesai.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang 'follow' saya dan yang 'inbox' tak henti-henti, yang doakan saya, bagi kata-kata semangat...terima kasih juga pada sahabat kota saya...cikgu-cikgu yang membantu....ada hikmah disebalik kejadian ini....berlaku di depan mata saya sendiri...Allahuakbar...

Share this :

Previous
Next Post »