t>

Breaking News

Ibu Lapan Anak Dicerca, Beranak Pandai Tapi Jaga Anak Tak Pandai - Ini Jawapan Kepada Pengkritik Dari Kuan Chee Heng.

Semalam seorang facebooker yang dikenali dengan nama Kuan Chee Heng telah berkongsikan kesusahan yang dialami oleh seorang ibu yang mempunyai anak lapan.

Kuan, dalam posting itu menyatakan 
bahawanya ;


Terdapat satu keluarga yang mempunyai anak lapan di mana mereka belum lagi berbuka puasa kerana tiada apa yang ditinggal untuk dimakan.

Malahan ketua keluarga tersebut iaitu sang suami turut meninggalkan keluarga tersebut tanpa sebarang perkhabaran.

Selain itu kehidupan mereka bertambah rumit apabila bekalan air dan elektrik turut dipotong.

Kuan dalam posting itu menyeru agar bantuan diberikan kepada keluarga tersebut disebabkan kesusahan yang dialami oleh keluarga berkenaan.

Kuan turut berkongsikan rumah yang diduduki oleh keluarga berkenaan bagi memudahkan urusan bantuan.


Tindakan Kuan Chee Heng itu telah mendapat respon positif rata-rata netizens dan ianya dikongsikan sebanyak lebih dari 18 ribu.

Walaubagaimanapun terdapat kata-kata sindiran di kalangan netizens.

Ada yang mempersoalkan sikap si ibu yang beranak banyak-banyak meskipun mengetahui kemampuan diri sendiri dalam menyalurkan rezeki kepada anak-anak.

Kuan bagaimanapun tampil menjelaskan keadaan sebenarnya.

Katanya ;

JANGAN KITA CEPAT MENGATA DAN MELATAH. APA DAYA NYA, KU HANYA SEORANG IBU DAN KU HANYA SEORANG WANITA.

Ada orang tuduh Sharifah pandai beranak sampai 8 orang tetapi TAK PANDAI MENGURUS.

Cerita sebenar nya hidup Sharifah dan anak anak nya semua baik baik belaka selama ini. Sharifah menjual nasi lemak dan dapat untung yang lumayan. Tetapi Tuhan menguji beliau apabila kereta Wira nya yang di gunakan untuk ulang alik terlanggar tiang lampu dan rosak teruk pada bulan March 2016. 

Insurance kereta 3rd party dan perlu mengeluarkan duit RM6,000 untuk repair sendiri. Tetapi beliau tidak mempunyai duit banyak macam itu.Jadi punah lah harapan untuk berniaga nasi lemak kerana tiada transport. Kemudian datang pulak bala kedua apabila suami menghilangkan diri tanpa berita pada masa yang sama. Jadi hidup Sharifah dan anak anak makin tersepit dan terumbang ambing. Anak lelaki nya yang berumur 13 tahun mula lah berkerja dengan orang untuk menjual air tebu dan dapat gaji RM15 ke RM20 sehari. Itulah di gunakan makan dan minum sehari. Kini beliau menghadapi tekanan sekali lagi kerana Tuan Rumah ( orang Melayu Kelantan) nekad untuk menghalau beliau kerana ada tertunggak sewa sedikit sahaja dengan memotong api dan ir untuk menghalau beliau. Kini beliau hanya memerlukan sewa rumah dan juga kos baiki kereta atau membeli sebuah kereta buruk untuk terus menyara 8 orang anak nya. SALAH SIAPA. SALAH JANTAN dan MANUSIA BERGELAR AYAH YANG TIDAK BERHATI PERUT. Meninggalkan anak anak tanpa berita. Adakah kita nak salahkan Sharifah beranak 8 orang? Renung renung lah. Tuhan belum menguji kita, dah menguji beliau. 

Jadi jangan lah sekali kali kita MELATAH CEPAT DAN BERSANGKA BURUK. Sesiapa nak bantu beliau boleh watapps saya. 012 2732148. Dia duduk di Taman Puncak Jalil , 18A, Jalan PUJ2/18 Marilah kita bersepakat hulurkan bantuan. 

SEMOGA KITA MEMBINA MALAYSIA YANG LEBIH INDAH.

Kuan Chee Heng.

Diharap dengan penjelasan ini, kata-kata negatif dan berbaur sindiran yang dilemparkan terhadap keluarga tersebut dapatlah dihentikan. 

Betul juga nasihat Kuan Chee Heng kepada rakyat Malaysia. Jangan kita cepat melatah sebaliknya bersepakatlah hulurkan bantuan.

Malahan, Kuan Chee Heng turut meminta agar jangan ada sangkaan buruk terhadap agensi JKM dan Pusat Zakat.

Katanya ;


Tiba-tiba muka ada rasa kebas-kebas sikitlah.. aduhai setepek Kuan Chee Heng sound titew..

Hihihihi.

Dan Kuan Chee Heng turut menulis ;

So kepada yang keluarkan kata-kata negatif tu.. berhentilah melatah dan bersepakatlah bantu keluarga malang tersebut. 

HAHAHAHA.