Mahu Beri Kanak-Kanak HP? Buatkan Acc FB? Lihat Apa Yang Dikongsikan Oleh Ibu Ini YG Pasti Membuatkan Anda Ketakutan..

Seorang ibu dan ayah yang benar-benar sayangkan anak mereka pasti akan ketakutan, merasa marah dan geram apabila anak kesayangan anda menjadi sasaran golongan pedophilia.

Belum lagi pun reda kes Richard si Pedo yang dikhabarkan telah mencabul ratusan kanak-kanak Malaysia, kini muncul pula seorang pengguna FB yang dikenali dengan nama Nurulainey Ab Halim berkongsikan beberapa gambar perbualan screenshot anaknya bersama seorang individu asing menerusi aplikasi fb mesengger.

Lihat perbualan yang menyeramkan di bawah ini ;











(rujuk : untuk bacaan penuh sila ke wall individu itu sendiri)

Ini spesis pedophilia gay. Bukan semua pedophilia itu gay tetapi memang ada jenis yang pedophilia yang teransang melihat kanak-kanak lelaki. Spesis neh memang gile babi. Tapi mana-mana spesis pedophilia pun dorang memang gila babi.

Berbalik kepada tajuk asal, ibu berkenaan berkongsikan perbualan di fb anaknya kepada umum atas kesedaran bahawanya ibu bapa perlu sentiasa memantau aktiviti online anak masing-masing. Pun begitu aku sama sekali tak bersetuju jika ibu bapa mendedahkan anak-anak di usia semuda itu kepada aktiviti online.

Anak-anak berusia 10 tahun tak perlu la kita buatkan acc facebook mereka namun ibu bapa sekarang, anak baru lahir pun siap ada account instagram sendiri, kemain dasat lagi. Beria pula nak kongsikan aktiviti anak di laman sosial.

Selain dari itu, terdapat juga ibu bapa yang mengalakkan anak-anak dengan media sosial apabila menghadiahkan anak masing2 dengan smartphone. Mula-mula memang la boleh dikawal lagi aktiviti anak-anak tetapi budak2 semakin membesar dan mudah terpengaruh dengan persekitaran. Kan lebih baik bagi hp biasa-biasa macam Nokia zaman jepun jika alasannya mudah nak call dan mesej. Bagi handphone canggih-canggih lepas tu tatau anak-anak buat apa. Pernah baca pengalaman yang remaja perempuan seawal tingkatan satu siap lock hp sendiri supaya mak bapak tak boleh pantau dan semak aktiviti online dia. Nampak tak? Bahaya kot bagi smartphone kat bebudak zaman sekarang. Biarlah dorang membesar sikit lagi. Jangan la jadikan mereka macam kita yang tak boleh berenggang dengan hp pagi petang siang malam (dulu aku macam tu tapi sekarang tak cas hp dua hari pun tak rasa apa-apa pasal meluat layan pergaduhan politik yang tak berkesudahan buat habis bateri aku aje dorang neh muahahaha) sampai time makan pun hp tak lepas dari tangan. Sakit betul minda kita sekarang neh. Lepas tu kita siap hasut anak-anak dengan kesmartphonenan atas alasan modenisasi. Anak-anak sampai tak kenal permainan2 tradisi. Berapa ramai anak2 yang masih bermain cop tiang? Lompat tali? Baling selipar? Galah panjang? Haram. Anak2 zaman sekarang panjat pokok pun tak reti bukan macam zaman dulu. Pompuan ke laki ke bukan setakat panjat pokok panjat rumah pun terer tau dulu-dulu.

Hihihi..

Kita dah rosakkan masa muda anak-anak dengan mempromosikan gajet secara berlebihan kepada mereka-mereka neh. Teringat satu drama yang pernah disiarkan di tv3 di mana anak bongsu akhirnya mati apabila anak sulung, mak, bapak, atuk dan nenek sibuk dengan gajet masing-masing. Itu bahayanya gajet. Sebab kita dah menjadi taksub dan lalai angkaranya. Bukan salah teknologi tapi pendekatan kita yang bermasalah.

Belum masuk lagi kes si pedophilia la si penculik la si perompak la yang sentiasa memerhatikan kita dan aktiviti anak-anak kita walaupun dari jarak yang jauh. Tangkap gambar anak ke sekolah, pedophilia perati je nama sekolah. Tangkap gambar anak berbogel masuk fb, pakai seksi, pakai bikini, pedophilia perati je lagi. Pada kita ahh mereka kan kanak-kanak lagi seksi apanya tetapi pada pedophilia benda2 macam tu meransangkan mereka. So, better ahti-ahti dengan perkongsian kita. Kita tak boleh nak kawal pedophilia sekarang neh. Dorang ada di merata- rata dan dimana-mana entah kenapa bilangan dorang semakin bertambah aku pun tatau. 

Gejala LGBT pun membiak sama banyak. Kadang terfikir juga mungkin ke yang jadi gay, maknyah bagai neh pernah kena ganguan seksual oleh pedophilia sampaikan berubahnya 360% kecenderungan seksual mereka. Tak mustahil juga aku rasa. So, tolongla ya ibu bapa di luar sana. Persekitaran kita memang tak selamat dah macam dulu-dulu. Jangan kita tambahkan lagi rasa tak selamat tu pula pada anak-anak kita. Masa muda anak bagi dorang main puas-puas kenal tanah kenal udara kenal pokok kenal rakan sebaya. Jangan hantukan dorang dengan gajet. Bagi peluang kat dorang untuk kenal alam permainan yang sebenar. Macam kita dulu-dulu. 

Kbai.

Share this :

Previous
Next Post »