t>

Breaking News

Polis Tak Bayar Wang Tebusan Tegas Menteri - 12 Juta Hilang Ke Mana? 4 Diselamatkan, 4 Yg Lain Pula Diculik!


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa pihak berkuasa Malaysia membayar wang tebusan bagi pembebasan empat rakyat mangsa diculik kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina.
Katanya, tiada rundingan berkaitan pembayaran di antara pihak polis Malaysia-Filipina dengan kumpulan penculik itu lapor Utusan Malaysia.
“Ada pihak mengatakan pembayaran telah dilakukan, jadi saya ingin sebutkan dalam rundingan yang dilakukan oleh polis dan kumpulan penculik, tiada bayaran dibuat dan tiada bayaran dijanjikan untuk membebaskan mangsa culik.
“Jadi tuduhan bahawa bayaran tertentu telah dibuat, itu bukan dalam bidang kuasa pihak berwajib seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mewakili kerajaan Malaysia,” katanya yang dipetik akhbar itu.
Tak boleh beri komen
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata polis telah melakukan yang terbaik bagi menyelamatkan empat rakyat Malaysia yang diculik di selatan Filipina baru-baru ini.
Beliau menegaskan keutamaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah menyatukan kembali mangsa culik berkenaan bersama keluarga mereka dengan selamat.
"Apa yang penting ialah semua mangsa sudah diselamatkan dan disatukan bersama keluarga mereka," katanya yang dipetik Bernama di Kuala Lumpur, semalam.
Noor Rashid berkata beliau tidak boleh memberi komen mengenai soal wang tebusan kerana tidak menguruskan perkara berkenaan.
Beliau mengulas dakwaan bahawa keluarga empat mangsa culik dari Sarawak itu membayar RM12 juta bagi membebaskan mereka daripada kumpulan militan Abu Sayyaf.
Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29; sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 21, dan anak kapal bot tunda Wong Hung Sing, 34, yang diculik di perairan Pulau Ligitan, berhampiran Semporna, Sabah pada 1 April lalu.
Mereka dibebaskan pada 8 Jun lalu.
Noor Rashid seterusnya berkata tumpuan kini ialah memastikan kejadian serupa tidak berulang, termasuk memperkukuhkan keupayaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan menjalinkan kerjasama dalam aspek keselamatan dengan negara jiran lapor Malaysiakini.
Dalam pada itu, media Filipina hari ini melaporkan bahawa empat lagi rakyat Malaysia diculik di luar pantai Sabah dan dibawa ke Sulu pagi ini. Perkara ini turut menimbulkan tanda-tanya dan mewujudkan pelbagai spekulasi dikalangan netizens. Ada yang beranggapan wujudnya suatu konspirasi disebalik kes penculikan yang mana mensasarkan 'wang cash' sebagai objektif atas sesuatu tujuan.