t>

Breaking News

Rakyat Malaysia YG Ketagih Cerita 'Dakwah Magik' Akhirnya Kena Tipu DLM Kisah 'Anak Mat Salleh Menangis' - Padan Muka Netizens..

Seronok kena tipu?
Apa rasanya?
Siap ada yang menangis lagi lepas baca cerita penulis tu. Hei, dengar sini. Aku nak kata padan muka. Yes. Padan muka.
Wakakaka.
Aku ada baca cerita tu sekali imbas. Tetapi aku tak percaya. Bukan kerana aku tahu penulis tu menipu. Tetapi disebabkan penulis tu beria2 je bayangkan yang family orang tu terkejut bila anaknya berjaya didiamkan. Pendapat aku secara peribadi pula. Budak bila dah lama menangis, lama kelamaan akan diam sendiri disebabkan penat. Kebetulannya kot budak terus senyap time penulis tu pegang. Sebab tu aku malas nak amek port. Nampak semacam.

Dan nampaknya apa yang aku fikir was-was itu terbukti apabila netizens kena tipu kaw-kaw dengan penulis tersebut. Mendapat la. Sikit2 nak share benda2 macam neh semata2 ada unsur2 islamik didalamnya. Dulu aku pun macam tu juga. Main percaya dan main sebar. Tetapi aku belajar dari pengalaman. Citer2 macam neh la yang paling tak boleh pakai sekali.

HAHAHAHA.

Walau ramai yang maki, kutuk, hina, cerca dan mempersoalkan tindakan penulis tersebut yang dikenali dengan nama Kak Hasanah aku lebih suka mempersoalkan tindakan netizens muslim yang suka share melulu macam-macam cerita yang tak terbukti kesahihannya semata2 ada unsur2 Islam di dalam kisah2 tersebut.

Sejadah rukuk sendiri la.
Ada awan berbentuk Allah la.
Bila menderma ada duit diletakkan atas cermin kereta la. Pokok ada bentuk kalimah Allah la. Lepas tu share laju-laju. Nak bagitau diri sendiri. Nak yakinkan diri sendiri dan orang lain bahawa Islam tu agama benar dan mereka perlu mempercayainya kerana kita ada bukti2 kejadian2 tersebut.

Pergh. Kau ingat Islam neh agama magik ke? Itu tak masuk lagi kes ayam dibacakan Alquran la, kurma la, kismis la apa la. Hadoi. Umat Islam kau ingat Islam suruh focus baca-baca je ke. Baca2 satu hal. Baca2 untuk kau faham. Baca2 bukan untuk kau baca2 kat ayam plak lepas tu. Lepas faham pergi amalkan. Duhh. 

Kes memalukan netizens neh bermula apabila mereka sibuk share story kisah Kak Hassanah berselawat, anak mat saleh terus berhenti menangis katanya ;


Semalam saya selamat mendarat pada pukul 11.36 pm di KLIA2. Selepas menuntut bagasi, kiranya saya ingin menulis di sini berkongsi satu kejadian yang memberi ibrah pada saya di dalam pesawat tapi apakan daya, bateri telah pun empty.
Seat 33K. Saya duduk di tepi tingkap kapal.Kemudian dua seat di sebelah kosong. Usai beberapa minit,
“Sit here my boy. ”
Seorang anak lelaki mat salleh tubuhnya kecil, duduk di sebelah tengah seat. Dan di hujung seat lagi ibunya. Kemudian di seat bahagian hadapan pula suaminya. Saya kira usia anak kecil itu dalam lingkungan 3 atau 4 tahun. Wallahualam. Orang masih lalu lalang masuk pesawat. Perbualan demi perbualan saya dengar dari si ibu dan si anak. Gelak tawanya, Masya Allah! Allahurabbi! Comel bak hang.
Selesai saja pramugari menunjukkan tips keselamatan sekiranya berlaku sebarang kecemasan, kapal mula bergerak dan bergerak. Anak kecil di sebelah saya tergelak riang. Sebab suka kapal bergerak. Dia ingat game agaknya haha.
” Mumy ! Dady ! We are flying ! ”
Berulang kali dia sebut nak fly nak fly hahaha..
And finally ! Bila pengumuman dari depan mengatakan lampu akan dipadamkan. Kerna dah nak berlepas. Gelap!!! Seluruh gelap!!! Dari seat depan sehingga belakang sekali. Kanan dan kiri juga gelap! Semuanya gelap.
Habis menangis gila memberontak budak mat salleh di sebelah saya.
” No light inside. No light inside. ”Wuwuwuwuwuwu…. sambil menangis kuat.
Pertama saya tergelak sebab terasa comel budak speaking b.i pastu membebel takda lampu hahaha… ? Tadi kemain fly bagai. Hilang lampu tahu pula takut.
Menangis semakin kuatKetinggian semakin bertambah. Suara budak kecik tu makin kuat. Saya rasa siapa flight bersama saya semalam memang akan stress hahahaha. Semua orang intai-intai si ibu dan ayah budak tu.
Ibu memujuk tapi tak dapat. Si ayah pula memujuk. Masih sama. Menangis kuat gila. Sambil duk ulang perkataan no light inside ! No light inside ! No light inside ! Hahahaa. ?
Tak tahu nak marah ke nak gelak.Nak marah terasa comel pulak.Nak gelak kasihan pulak. Tapi saya tetap pandang cermin ke tepi dan gelak senyap-senyap hahahahaha. Kemain tadi nak fly. Haaa ni nak fly nangis. Haaaa tahu takut ? Hahahahha. Ok saya tahu saya jahat. ?Lalalalala..
Bila kapal sudah sedikit stabil berada di atas. Si ayah membawa budak kecik tu ke toilet. Lampu masih tak dibuka. Fuhhhhh !!! You know ? Budak tu jerit dari seat depan sampailah masuk toilet masih terngiang-ngiang teriakannya.
No light inside !No light inside !No light inside !
Stress juga penumpang lain hahaha. Saya banyak-banyakkan istigfar sepanjang fly. Risau jadi stress. Tapi just cool je. Dah lah sebelah aku. Hahha. Eh aku pulak. ?
After keluar toilet budak tu masih nangis.Kini giliran si ibu pulak memujuk. Saya cuba bantu si ibu. Saya pasangkan lampu yang selalu digunakan untuk ‘reading’ di bahagian atas seat. Saya pasang 3 butang. Dan yang bercahaya hanyalah di seat saya, seat budak kecik omey tu dan ibunya. Again, teriakannya dah makin kuat. Pehhhhh! Saya rasa telinga saya ada tanda-tanda nak pekak dah hahahaha. Wallahi tak tipu. Sangat kuat. ? (kesian pilot yang bawak kapal semalam entah2 tak fokus).
Dia tetap taknak lampu reading. Dia nak semua light dinyalakan. Hahaha. Adoyyyy.. Anyway, Saya kagum dengan pasangan suami isteri mat salleh tu, mereka tidak tengking-tengking malah sentiasa pujuk lembut. Masya Allah..
Terlena di dadaAnd lastly, saya teringat kejadian yang hampir sama. Ketika saya menaiki tren dari kL sentral hendak ke Batu Caves. Ibu di seat sebelah bersama anak kecik. Anak kecik menangis. Saya try pujuk dan dukung anak kecik itu. Ubun-ubunnya saya selawat ke atas baginda. Saya niatkan apa yang patut diniatkan. Saya tiup 3 kali. Dan sungguh ibu itu terkejut melihat saya. Anaknya tidak lagi menangis. Subhanallah.
Tapi apa yang berlaku dalam flight semalam, mereka bukan islam. Saya tak tahu nak buat apa, nak baca apa, nak pujuk bagaimana. Nak bantu bagaimana. Kesian penumpang lain berasa terganggu. Dengan rasa tawakal. Saya meminta izin kepada si ibu.
” Let me try. ”
Agak serba salah si ibu. Saya peluk budak mat salleh tu. Saya dakap sungguh-sungguh. Seolah memeluk adik kandung sendiri. Dia masih menangis. Tapi teriakannya sudah tidak ada. Sempat saya bermonolog dalam hati,
” Ya Allah. Ya Rahman. Engkau Yang Maha memegang hati-hati manusia. Ya Allah. Aku tak tahu syafaat nabi sampai ke tak ke atas anak ini. Ya Allah aku tak tahu aku nak buat apa. Bantu aku ya Allah. ”
Dalam keadaan tawakal. Saya lafazkan dengan penuh sungguh. Allahumma Solli ala sayyidina muhammad. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. Berbuih-buih mulut saya selawat ke atas ubun-ubunnya. Sambil saya selawat sambil saya usap. Kemudian sesekali saya tiupkan.
Hampir 5 minit saya bacakan. kemudian terlena anak kecil itu di dada saya. Masya Allah. Ya Allah. Maha Besar Allah..Subhanallah.
Pengalaman yang takkan dilupakanTerkejut mat salleh tu pandang saya. Si ayah terus berdiri di seat hadapan. Sebab hairan sudah hilang suara tangisan. Bertambah pelik lelaki mat salleh tu sebab anak kecik tu terlelap tempat saya.
” Wooooo amazing. Oh my god!!! ”
Berulang-ulang si ibu lafaz oh my god !Hahaha.. pengalaman yang takkan saya lupakan.
Ya Mujib. Sungguhlah Engkau Yang Memegang hati-hati manusia Ya Allah. Kami tak berdaya, Engkau Yang Maha berdaya. Engkau Maha Esa. Engkau Maha Tunggal. Dan Engkau Ya Allah Maha mengetahui apa yang kami tidak ketahui.
Bismillahirahmannirahim..
Alhamdulillahi robbil’ alamin, wassolatu wassalamu’ ala khotimunnabiyyin walmursalin, sayyidina muhammad wa ala’ alihi wasohbihi wattaabi’in wa man tabi’ahum bi ihsani ila yaumiddin. Amma ba’d.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi kerana Allah. Sentiasalah amalkan selawat ke ubun-ubun anak kecil. Ini apa yang ibu ayah saya amalkan kepada saya selaku anak sulung sampailah adik bongsu kami.
Sentiasalah beringat, setiap kalimah yang dianjurkan dalam islam itu sendiri pasti ada fungsinya tersendiri. Yang penting adalah yakin kepada Allah SWT. Insya Allah.
Tetapi tak disangka-sangka kisah yang viral neh sebenarnya cerita rekaan ataupun imiginasi sang penulis. Halamak. Orang ramai yang share fikir mukjizat selawat tu je. Penulis pun tak bagitau benda neh sekadar rekaan je. Siap suruh sebarkan lagi la ada. Guna alasan dakwah nak halalkan tindakan. Inipun ada yang sokong juga. 

Kemudiannya, bapa si anak 'mat salleh' tu tampil menjelaskan keadaan ;
Assalamualaikum semua,
Baru baru ni cerita pasal anak saya telah diviralkan oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab menggunakan agama sebagai asas, sampai lebih 35k orang Share dan macam2 comment yg menyakitkan hati sampai sanggup persoalkan agama kami dan telah membuat judgement yg kami ni bukan islam bagai.. di sini saya ingin memberi penerangan apa yang terjadi di hari tersebut.. flight ak 8715 dari kota Kinabalu ke kuala lumpur berlepas pukul 9 sampai pukul 11.30.. anak kami Dean al haq kurang selesa apabila flight takeoff dan cabin light ditutup..
Dia menjerit no light no light no light Dan tantrum sbb takut or nervous dgn keadaan gelap.. passenger sekeliling pandang kami macam kami tak pandai jaga anak.. ada yg geleng2 kepala dan tutup telinga ( mcm kami nak je anak tantrum dalam flight) kami cuba sedaya upaya untuk tenangkan dia dan berjalan ke sana ke mari utk pastikan dia tenang. sampai la lampu cabin dibuka semula dan wife saya terus bawak anak masuk toilet utk tenangkan dia dan dia terus tenang bila lampu dah ada..
Kejadian tu dalam 20min more or less dan takde siapa bernama kak hasanah atau passenger2 lain datang membantu kecuali pramugari.. saya ingin tekankan di sini bahawa kenapa kita org Melayu ni suka betul pada drama? Tak cukup drama dkt rumah ke? Habis semua org share tanpa tau kejadian sebenar..
Islam ni bukan magic boleh buat hocus pocus bagai.. ia adalah cara hidup dan al Quran sebagai panduan.. Masing2 nak buat pahala cara senang.. ingat share 2 dapat pahala.. semua nak naik lift tanak naik tangga.. semua nak jihad berani mati masuk syurga terus.. semua nak short cut.. tanak baca dan fahami al Quran itu.. lebih senang mengikut org2 agama ni.. jadilah agama ikut ikutkan.. Al.Quran dibaca bagai syair syair sahaja.. pengertian jauh sekali.

Selepas itu si ibu 'anak mak saleh' pula menulis penjelasan di laman efbinya ;
So apparently somebody decided to take a piece of incident that happened to my family untuk meraih fame, attention and likes. I am not cool with this especially when it is used in the name of religion. What actually happened was really a typical nightmare of every parent traveling with young kids. Yes dean2 was screaming on top of his lungs for a good 20-30 mins (felt like forever) when the flight took off and as soon as all the lights were switched off. He couldnt be consoled so Zaril Abu Zainal took him for a walk in attempt to sooth him despite the seat belt sign still on and it was still dark. After endless screams and cries of "don't like it" "outside" "switch on the lights" & "nak walk", the lights were turned on. 
We took him to the lavatory and distracted him with soap dispenser and water, and he calmed down soon after. He was back to his normal self for the rest of the flight. To set the record straight, XDE SAPE2 DATANG BACA2 TO DEAN2.. let alone dokong sampai tertidur.. Adalah i perasan some gave awkward uncomfortable smiles. The young couple seated in front of us reacted even openly: they glared, shook their heads, hands covered their ears to shut the noise. and so, I take this chance to apologise to all passengers aboard AK8715 that nite. On behalf of my son Dean Al Haq, sorry for causing 30 minutes of discomfort and distress during your flight. P.E.A.C.E. 
The story about the writer reciting selawat sampai dean2 tenang and tertido as written in the article by @kak hassanah was purely fictional. Sounds ideal, i wish somebody did offer us some comfort. Heck, if there was anyone who deserved a hug that night, it would be me and zaril . I hope you guys dont easily buy into stuff written and shared to serve personal purpose. In conclusion, marilah kite beramai-ramai berselawat dan berdoa that our world do indeed turn into a more safe place where we actually do help each other instead of just writing about it. Take note ‪#‎kakhassanah‬.
Selepas diasak bertubi2 oleh netizens yang sebelum neh beria2 puji2 si Kak Hassanah, akhirnya dia tampil memberikan penjelasan ;


Bismillahirahmannirahim..
Ya Allah. Tuntuni setiap perkataan ku Ya Allah.Dan berikan aku kerendahan hati yang paling rendah dan serendahnya. Berikan juga aku kekuatan. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. Saya tahu, 1 Malaysia menanti posting dari saya. 

1. Di sini saya ingin membuat pengakuan jujur. Tulisan saya yang viral baru-baru ini memang tulisan imaginasi. Ya. Saya duduk seat 33K. Dan ibu bapa itu duduk pada seat 30. Seat kami berhampiran. Flight yang sama. AK8715. Berlepas pada waktu sama. Mendarat pada waktu yang sama. Tapi jalan cerita yang berbeza. Ya, Jalan cerita yang benar adalah apa yang diceritakan oleh ibu bapa tersebut. Semua bukti screenshoot pramugari itu benar. Semua bukti screenshoot penumpang lain juga benar.
Semua yang dikata oleh ibu bapa tersebut adalah benar. Hanya 1 yang tak benar. Saya tak block fb mereka pun. Jika saya block, kenapa saya dapat melihat komen-komen mereka ? Jika saya block kenapa dia boleh share status yang viral dari wall saya ? Tapi saya bersangka baik. Mungkin maksud ‘block’ beliau adalah dengan tidak membenarkan dia untuk singgah komen di wall saya. Sebab saya telah mengubah setting. Hanya friend sahaja boleh komen. Tapi followers tidak. Jadi saya bersangka baik, mungkin itu maksud ‘block’ yang dimaksudkan. Wallahualam. 

Sengaja mention mat salleh
2. Saya tidak berniat untuk hina isteri tuan yang berpakaian seperti itu. Sama sekali tidak. Sebab untuk pengetahuan tuan, dulu saya juga bernampilan seperti itu. Allah maha tahu. Saya sengaja mention mat salleh. Agar kiranya ia suatu kisah yang menjadi. Tapi saya silap. Sebab Allah tidak pernah tidur. Dan saya lupa satu hal, Allah dengan sekelip mata boleh memberikan kebenaran.
Walaupun manusia cuba menyelindungkan segalanya. Saya harap tuan dan puan maafkan saya. Percayalah, saya tidak pernah mengutuk peribadi atau penampilan kalian. Malah saya sayangkan kalian. Saya doakan kalian. Tuan dan puan jangan bersedih atau kecil hati dengan orang-orang di fb yang hina penampilan kalian. Sebab siapa tahu pengakhiran tuan puan lebih mulia berbanding mereka. Wallahualam. 

“Libatkan saya seorang, itu sudah cukup”
3. Kepada para followers dan friends yang saya kasihi kerana Allah. Maafkan saya. Sebab itulah berkali saya tuliskan, Public figure itu manusia biasa juga macam kalian. Jadi janganlah taksub. Sebab akan ada masanya diuji secara ringan atau berat dan begitu juga sebaliknya kepada mereka yang bukan public figure. Cuma ujian kita berbeza. Tapi sandaran kita sama. Iaitu Allah. Dan sebab saya berani membuat pengakuan walau rasa sedih, air mata, tapi saya bersyukur masih punya kekuatan, keberanian sebab sandaran saya ialah Allah. 

4. Janganlah terus ditengking, diherdik, dimaki, dimarah wanita-wanita yang turut memakai niqab atau purdah. Sebab yang bersalah itu adalah diri saya. Bukan diri mereka. Libatkan saya seorang. Itu sudah cukup. Bukan niqab atau serban itu yang mulia. Tapi pakaian takwa itu yang mulia. Maafkan saya. 

Padam semua akaun sosial media 

P/s: Dengan lafaz bismillah, i’m stop to writing. But doesn’t mean i stop to spread my dawah. Sebab dakwah itu bukan hanya satu lorong sahaja iaitu menulis menulis dan menulis. Hatta memberikan senyuman kepada orang juga dakwah, memulakan salam juga dakwah. Saya takut akan firman Tuhan mengapa saya berkata ini itu tapi saya tidak melakukannya ? 

And i will deleting my fb, insta, telegram. And i will stop writing. Last, saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua yang menghantar mesej di messenger fb dengan segala maki hamun, tomahan, kutukan and everything. 

Semoga beroleh kematian dan pengakhiran husnul khotimah.

Assalamualaikum.

Minta maaf tetapi masih nak menyalahkan pihak lain punca dia me-reka2 cerita ;










Pelik betul aku dengan perangai Kak Hassanah korang neh. Dah tahu takde duit yang p langgan ASTRO pasal apa. Lagipun ASTRO tu kan kapitalis. Mana seiringan dengan dakwah2 Islamik yang dicintai oleh Kak Hassanah kau neh. Ini cerita betul ke imiginasi lagi? Kan tak pepasal orang terpercaya sampai ada yang menangis kang.


WAKAKAKAKA..


Minta maaf setelah kena asak kaw-kaw. Sebelum itu ;



Tak mengaku. Taknak mengaku.
Lepas orang bagi bukti bergambar. Saksi2 tampil. Selepas ditekan. Akhirnya mengakui kesalahan. Deactivatedkan efbi. Bukan isu besar. Up aje id baru, identiti baru dan kisah baru. Settle masalah. Tak gitew ke Kak Senah?
Hihihi.
Dan bayangkan. Ini baru Kak Senah kau sorang yang mempergunakan agama untuk mencapai kepentingan peribadi dia. Orang biasa aje pun. 33ribu netizens share dan percaya.
Kalau agamawan2? Pemimpin2 Islam? Bila dorang misuse agama untuk kepentingan diri, parti dan kroni, macam mana? Berapa ramai yang akan percaya dan terjerumus dengan penipuan2 tersebut sampai sanggup bergaduh2an sesama rakyat tertindas? Fikir2kanlah. Kisah Kak Senah neh sekadar penanda aras bahawanya rakyat Malaysia muslim khususnya kalau kau campak benda2 berbaur keagamaan sikit je, terus cayor mayor percaya membuta tuli macam takde akal dibuatnya. Itulah korang. Kak Senah tu berjaya membuktikan tahap intelek orang muslim Malaysia neh macam mana.. bravo Kak Senah. Mohon tipu dorang lagi.
Wakakaka..
Sumber bergambar, penjelasan : Haiza Razali.