t>

Breaking News

RM14.2 Billion Hilang Secara Misteri - Baca Pendedahan Husam Musa Mengenai 1MDB Ini - Najib Kantoi Lagi.

Point penting sahaja!
Pertama : Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) seperti dalam laporannya, mengesahkan - sejumlah AS$1.3 bilion atau RM 4.51 bilion telah dibayar kepada Aabar BVI yang didaftarkan di British Virgin Island tanpa kelulusan lembaga pengarah 1MDB.
Selain itu, dokumen 1MDB menunjukkan satu lagi pembayaran kepada 1MDB berjumlah AS$2.1 bilion turut dibuat.
PAC mendapati, pembayaran dibuat kepada Aabar BVI tanpa kelulusan tembaga pengarah 1MDB!
Kedua : Inilah yang menyebabkan IPIC dan Aabar meneruskan tuntutannya selepas beberapa kali mengeluarkan kenyataan 1MDB telah memungkiri komitmen seperti perjanjian. Aabar yang sebenar tidak dibayar.
Hasilnya, wang sejumlah AS$3.47 bilion atau bersamaan RM14.2 bilion dikebas orang!
Ketiga : Mengikut kenyataan Presiden dan CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pada akhir April tahun ini, ada kemungkinan 1MDB telah 'ditipu secara besar-besaran (massive fraud)' atau 'kerjasama tali barut dari dalam' 1MDB sendiri (collaboration from our side).
Bukankah kenyataan Arul itu berat? 1MDB ditipu!
Bersekali dengan perdana menteri ditipu kerana beliau mempunyai kedudukan tertinggi dalam 1MDB.
Keempat : Jika Arul Kanda mengatakan ada kemungkinan unsur jenayah dalam salah pembayaran sebesar ini, apa tindakan yang telah Arul Kanda lakukan?
Laporan polis?
Laporan kepada PM?
Apa pula tindak balas PM?
Mengarahkan polis menyiasat?

Adakah PDRM akan bergerak seperti kura-kura jika PM telah mengarahkan mereka memberkas siapa jua yang terlibat?

Adakah polis Malaysia begitu tidak cekap sehingga tiada apa dilakukan ke atas jenayah sebesar ini?
Apa langkah menteri kewangan atau PM untuk menuntut semula wang itu?
Kenapa perdana menteri tidak mengguna pakai Laporan PAC dan bertindak ke atas pengurusan yang telah melanggar arahan Lembaga Pengarah? Apa pun, mengikut Artikel 117, MNA 1MDB, kuasa pemutus dalam 1MDB tidak lain dan tidak bukan adalah perdana menteri sendiri.
Kenapa beliau tidak bertindak?Kerana dari awal lagi salah pembayaran itu telah dirancang?

Oleh : Husam Musa.

(rujuk)