Walaupun Kalah Teruk Dalam PRK, PAS & PAN Jenis Tak Malu Puji Diri Sendiri.


Aku nak tulis ni 2 hari lepas tapi tak sampai hati.

Ye lah kawan-kawan parti politik semua tengah gembira. Umno dok puji diri sendiri sambil maki Tun M. Tapi tak apalah Umno puji diri sendiri, depa menang.

La ni hat kalah pun puji diri sendiri? Amanah puji sebab kononnya boleh fight PAS. Jadahnya depa ni nak fight PAS? Kan ke asalnya nak fight Umno?

PAS pula dok puji diri sendiri sebab istiqamah. Istiqamah kalah? Istiqamah betul PAS macam ni. Yelah, nak menang kat akhirat khenn. Kenalah kalah di dunia ye dak?

Yang suka suki ni semua orang politik. Kita ni rakyat jadi boneka je. Dulu jadi patung Mahathir. Kena tunggang untuk Wawasan 2020. Pastu 2020 dah nak dekat, iklan Proton Perdana baru pun cegampang. Macam tu nak jadi negara maju 2020?

La ni kita tengok rakyat hidup sukar. GST kena bayar hari-hari. Mahasiswa keluar Universiti kurus sebab makan Maggi, keluar tak ada kerja. Harga rumah harga barang semua naik. Tol pun naik berlipat kali ganda supaya kita boleh sangkut dalam jem. Kalau tak nak jem, kena baik bas dan tren (yang juga tambangnya naik berlipat kali).

Jadi begitulah kita, diperguna, dikudakan, ditunggang dan dibelai peluk dan sayang bila perlu. Bila dah menang atau lagi-lagi bila dah kalah - mampuslah kau.

Jadi hari ini aku terpaksa tulis (juga) untuk mengingatkan diri aku kembali betapa tak guna dan betapa bobroknya korupsi dan rasuah pemikiran dari bangsa politik seperti mereka ini. Meracuni dan membeli diri kita semua hanya dengan janji.

Ya, begitulah harga diri kita semua sebenarnya. Bisa diperjudi hanya dengan janji manis bangsa politik dan anjing-anjing propaganda ini.

Maruah rakyat di sisi ahli politik ialah bagaikan maruah anjing di kaki, pelacur.

Share this :

Previous
Next Post »