t>

Breaking News

Baitulmal Hanya Bagi RM10 Sahaja - Baca Pendedahan Ini..

Previously di fb rasmi pusat zakat wilayah ;
30 Jun- Melalui status yang dimuatnaik oleh Benz Ali, Skuad Jejak Asnaf telah bergegas turun padang untuk menjejaki seorang wanita Warga Indonesia di Flat Selayang, Chow Kit..
En kamal merupakan ketua keluarga yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sunway Putra Mall. Mereka mempunyai serang anak kecil yang berusia hampir 3 tahun. Masalah mereka adalah suaminya meminjam along sebanyak rm9ribu sekaligus menjadikan keseluruhan hutang sebanyak rm17ribu dan secara bulanan beliau membayar rm1630.. Menurut beliau, pembayaran hutang akan tamat pada tahun hadapan..
Untul makluman, keluarga ini merupakan asnaf kami yang telah dan sedang menerima bantuan kewangan bulanan dan bantuan rumah sewa Baitulmal..
Rentetan dari penjelasan tersebut, team Marahaen Institute turun padang bagi melakukan siasatan sendiri, dan ini apa yang mereka kongsikan di laman rasmi fb mereka ;
Semalam Baitul Mal hanya bagi RM10.
Merujuk kepada kes semalam yang ditulis di page Baitul Mal MAWIP, kami dari Marahaen Institute, sebuah organisasi pemberdayaan masyarakat miskin, telah turun padang meninjau apa yang telah dibuat mereka. kami tidak mahu mendengar cakap-cakap orang, kritikan, atau kutukan sahaja. kami tak mahu duduk dalam Facebook sahaja. kami mahu tabayyun –menyelidik- maka kami pun turun menyiasat. Kami tak seronok dengan gambar berkeping-keping yang ditangkap Baitul Mal. Kerana gambar tidak boleh berkata-kata.
Apabila diselidik pada malam hari, ternyata Kak Nor (isteri asnaf) mengatakan, Baitul Mal tidak memberikan apa-apa melainkan RM10 kepada anak asnaf, Ismail. RM10 ni cukup untuk main nombor ekor sahaja. nak beli rokok pun tak lepas.
Ini hanya menguatkan lagi teori kami bahawa pengurusan zakat di Malaysia sememangnya bermasalah, tidak progresif dan tidak ada kesanggupan untuk membereskan masalah kemiskinan. Ini boleh dibaca dalam rata-rata komen pembaca di portal The Patriot, betapa mereka juga berfikiran tujuan zakat bukan untuk menghapuskan kemiskinan. Mungkin mereka takut kepada komunis. Habis tu tujuan bayar zakat setiap tahun untuk buat apa hoi?
1, pusat zakat & Baitul Mal tidak berupaya untuk memberi zakat kepada ibnus sabil, warga immigrant Muslim, walaupun warga immigrant Muslim juga diwajibkan membayar zakat.
2, al-gharimin (penghutang) dalam senarai 8 asnaf zakat juga, tidak termasuk yang berhutang dengan ceti atau ah long. Jadi kami tertanya-tanya, siapa yang dimaksudkan sebagai al-gharimin di Malaysia?
Kesimpulan kami terhadap gerak kerja Baitul Mal semalam, mengecewakan. Tapi kami cuba memakai kasut mereka juga, supaya kami tidak dituduh mengutuk saja,
i. Mereka datang untuk memastikan dakwaan di media sosial, adakah benar dakwaan itu?
ii. Sekiranya yang didakwa tersebut kedua-duanya adalah immigrant, maka memang tak dapatlah bantuan zakat
iii. Sekiranya ada seorang (isteri atau suami) warganegara, maka mereka layak mendapat bantuan zakat
iv. Dan ternyata bila disemak, memang ada salah seorangnya warganegara, iaitu suaminya. Dan mereka memang mendapat bantuan bulanan Baitul Mal.
v. Maka khalas, kerja selesai, tangkap gambar, dan tuduhan di media sosial hanya semberono.
Ini yang berlaku semalam. Sedangkan bantuan yang Kak Nor sekeluarga perolehi adalah RM250 untuk sewa rumah, dan RM200 untuk bantuan bulanan. Dari tahun lepas hingga tahun ini mereka mendapat 5 kilo beras sahaja. mungkin mereka makan sebutir beras sehari.
Kami cuba bersangka baik juga, mungkin mereka nak tolong juga, tetapi peruntukan sedia ada tidak membenarkan mereka berbuat begitu. Takkanlah mereka nak bagi RM20K sedangkan itu bukan duit mereka. Jadi ni memerlukan pengubahsuaian dari peringkat atas, reformasi dari struktur atasan, bagaimana mereka mendefinisikan ibnus sabil dan al-gharimin?
Kesimpulan yang kami dapat adalah, ternyata pusat zakat/Baitul Mal masih terlalu banyak kepincangan, ketirisan dan ketidakberesan. Dan kepada kita semua, teruskan mengkritik, teruskan menekan mereka. ini yang kita boleh buat dan perlu buat.
Di akhirnya, cuba renung-renungkan sejenak, jika bantuan total asnaf, adalah RM450 sebulan, berapa pula gaji/elaun/pendapatan bulanan amil?