Bantah Selena Gomez - Penulis Indie Kutuk Tindakan PAS KAW-KAW.


Kenapa PAS Terlalu Berahikan Selena Gomez?
kadang-kadang saya termenung juga memikirkan tentang PAS dan hubungan mereka dengan hedonism. kenapa mereka marah sangat pada Selena Gomez tapi tidak marahkan drama-drama bodoh di TV?
adakah drama-drama di TV kita cukup bermakna dan bijaksana? filem Syamsul Yusof pun masih terlalu jauh untuk dikatakan bermakna dan bijaksana.
seolahnya kita perlu bertanya, definisi hedonism yang diimani PAS. adakah kebodohan dan kebangangan bukan suatu penyakit yang menyebabkan hedonism dan akibat hedonism? ia lebih dari sekadar belakang badan perempuan bernama Selena, atau kebodohan dan kebangangan bukanlah suatu dosa? maka tidak pelik jika begitu, idea dan gagasan ‘Membangun Bersama Islam’ masih fail, tidak berkembang, dan mandeg (mati di tengah jalan). tutup sahajalah Astro atau internet, atau berhenti Torrent kerana filem-filem orang putih hampir 99% filem mereka mempunyai babak sekurang-kurangnya bercium mulut. sementara kita meskipun drama-drama kita ditapis adegan seksualnya (walaupun dressing artis-artis kita tak jauh beza dengan Selena), tidak ada apa-apa yang kritis, ya dan ini bukanlah satu hedonism. hedonism yang difahami PAS adalah keseksian seorang Selena. that’s it and that’s all. maaflah, saya tidak ada TV, tidak ada Astro, cuma ada internet, buku dan sedikit ruang. saya juga bukan peminat Selena Gomez. saya jarang dengar muzik. cuma baru-baru ini saja mendengar Bad Religion. muziknya macam okey. bahkan ada beza muzik dan MTV. Selena Gomez adalah seperti produk realiti tivi. mereka tidak true. mereka adalah pseudo atau plastik. bukan muzik yang sebenar. dia adalah produk MTV. menjaja kegenitannya untuk kepuasan mata. kita jadi keliru antara muzik sebagai kepuasan mata atau halwa telinga? bagi saya hedonism bukan semata-mata Selena Gomez sahaja. kebodohan dan kebangangan juga adalah penyebab dan akibat hedonism. kebodohan dan kebangangan menyebabkan hedonism. dan akibat dari hedonism juga adalah kebodohan dan kebangangan. dan sekali lagi, saya tak berminat dengan Selena Gomez, tak akan pertahankan Selena Gomez, dan hedonism bukan disebabkan Selena Gomez seorang. saya tidak perlu membantah Selena Gomez. kerana saya tidak menonton atau mendengar nyanyian beliau. buat apa saya nak membantah sesuatu yang saya tidak tengok atau sesuatu yang tidak ada kaitan dengan saya? saya sudah bebas sepenuhnya dari cengkaman hedonism murahan ini. Selena Gomez adalah murahan dan cuma untuk orang murahan. banyak lagi drama-drama hedonism di TV. bagaimana PAS mahu membantah? sebenarnya, ustaz-ustaz PAS juga mempunyai keberahian untuk meniduri Selena Gomez (secara halal, maksud saya mengahwini). mereka tertarik dengan keayuan Selena, hidungnya, pipinya, pinggulnya, pinggangnya dan segala-galanya tentang keseksian Selena. Kerana itu mereka cemburu dengan Selena yang mahu mengongsikan kegenitannya dengan ramai lelaki bukan mahram lain.
Saya mempunyai fantasi nakal sebegini kerana, jika benar PAS (atau kawan-kawan GAMIS) concern pada perempuan cantik atau bala tuhan kerana hedonism akibat perempuan, mengapa mereka tidak ambik peduli tentang pelacur-pelacur di Chow Kit, yang bersidai di hentian bas bawah Pejabat PAS Pusat Jalan Raja Laut? Kenapa cuma bantah Selena tetapi tidak membantah kegiatan pelacuran di Chow Kit dan Bukit Bintang –juga tak jauh dari Pejabat PAS Pusat?
atau adakah kita boleh baca sebagai begini, bala telahpun datang memecahkan sejuta segala kekuatan PAS akibat mereka tidak mempedulikan seksploitasi di Chow Kit tempat pejabat agung mereka beroperasi? bolehkah kita baca sebagai begitu? bala telahpun datang sebelum Selena datang. banjir besar berlaku di Kelantan tahun 2014, masuk melimpahi sampai ke Dewan Undangan Negeri Kelantan ketika Nik Abduh sedang berkokok tentang Hudud, tidak ada mana-mana pelakon porn pun datang ke Malaysia ataupun ke Kelantan pada waktu itu, tetapi bala telahpun datang. persoalan paling utama cuma tinggal dua, bala datang kerana Hudud ala PAS atau bala datang kerana Nik Abduh?
Kadang-kadang saya fikir cara bantah PAS ini lawak jugak. Mereka terlalu literal dalam memahami ‘amar makruf nahi mungkar’ atau ‘man roa minkum munkaran falyughaiyiruhu biyadih’. Cara bantah mereka adalah membuat bising supaya lebih ramai orang yang tak tahu, jadi tahu. Ini sesuatu yang lucu, sampai pernah jika tak silap saya, Isham Rais pernah mengatakan, jika anak-anak muda nak buat konsert, kalau tak cukup bajet nak promosi, boleh tolong bagitau Pemuda PAS untuk tolong promosikan. tidak. sekali lagi tidak. maksud nota ringkas, pendek dan simplistik ini bukan menyuruh PAS berhenti membantah kehadiran Selena. tidak. sama sekali tidak. PAS harus terus membantah kehadiran Selena -walaupun tidak pernah ada konsert yang dibatalkan ekoran bantahan PAS- kerana jika PAS tidak membantah kehadiran Selena, apa lagi yang PAS nak bantah?

Share this :

Previous
Next Post »