t>

Breaking News

Dikritik Kerana Rumah Tiada Peti Ais, Mesin Basuh, Selebriti Suhaimi Saad Beri Penjelasan.

Hmm.

Satu persatu kontroversi melanda selebriti Suhaimi Saad. Bermula dengan isu vaksin kemudiannya konon menyuruh anaknya meminta sedekah dan menghalang ke sekolah kepada dikritik netizens kerana tidak memiliki peti ais dan mesin basuh di dalam rumah kediaman sendiri.

Dalam mengulas isu vaksin, aku tidak bersetuju dengan pendapat Suhaimi Saad. Bagi aku kumpulan anti-vax ini sebenarnya terkeliru. Mencegah bukan bermaksud tak perlu berbuat apa-apa. Mencegah juga bermaksud berusaha untuk mengelak dari terkena jangkitan dan penyakit yang tidak diingini. Jika satu-satu penyakit itu ada rawatan alternatif, apa salahnya kita ambil atas nama kesihatan. Suntikan vaksin itu beginila. Ianya salah satu usaha yang kita buat untuk lindungi diri, keluarga dan masyarakat.

Dan baru-baru ini selepas dikritik teruk dalam isu vaksin, Suhaimi sekali lagi dikritik netizens kononnya menyuruh anak-anak meminta sedekah. Gambar tersebut viral di media sosial. Dan bukan itu sahaja, Suhaimi turut dikritik atas satu screenshot yang mengakui dia tidak mempunyai mesin basuh dan peti ais di rumah kediamannya. 

Rentetan demi rentetan peristiwa itu membuatkan Suhaimi Saad dikecam dengan pelbagai jenis tohmahan.

Zuhud konon, tapi ada kereta?
Kalau ikut sunnah Nabi, kenapa perlu selfie?
Kalau anti yahudi (sebab tak beli mesin basuh, peti ais) kenapa sibuk update status di fb?
Attention seeker.
Dasar gila perhatian..

Dan macam-macam la kata-kata nista dan kejian yang diterima Suhaimi Saad dalam sehari dua neh.

Media sosial. Dalam isu penyebaran gambar anak-anaknya yang meminta sedekah. Kami mendapat informasi bahawa bukan hanya kelibat anak2nya berada di sana bahkan bapanya ada juga. Ibu mereka pun ada juga. Mereka sekeluarga meminta derma dan sumbangan orang ramai bersama-sama bagi membantu satu pusat tahfiz yang tidak kami ketahui namanya. Mereka malahan menyanyi supaya tidak terlihat sekadar meminta sedekah sebaliknya seperti menjual perkhidmatan (dalam konteks ini menjual nyanyian, hiburan) bagi mendapatkan wang ikhlas dari orang ramai untuk membantu pusat tahfiz berkenaan.

Media sosial. Dalam mengulas komen Suhaimi yang tidak mempunyai mesin basuh dan peti ais, tidak pula kita nampak bahawanya Suhaimi menolak untuk memiliki kedua-dua benda tersebut disebabkan anti yahudi.

Menokok tambah dalam sesuatu cerita juga sebenarnya perbuatan tidak baik. Begitu juga halnya dalam mengulas isu mesin basuh dan peti ais. Ia adalah hak Suhaimi samada mahu membeli atau tidak kedua-dua alat elektrik tersebut. Mengapakah kita ada hak untuk memarahi Suhaimi disebabkan dia enggan memiliki peti ais dan mesin basuh? Dan sejak bila kita ada kuasa untuk masuk campur dalam urusan rumah tangga orang lain? Itupun masuk campur atas isu remeh temeh. Orang taknak beli mesin basuh pun kena bashing online. Dah takde kerja sangat ke orang kita neh sampaikan hal-hal seperti ini menjadi masalah kepada segilintir manusia-manusia di luar sana?

Sudahla begitu. Sesetengah dari kita mula melakukan tuduhan sebarangan. Ianya salah sebetulnya.

Media sosial. Hormatila hak Suhaimi untuk dia menjalani kehidupan berdasarkan kemahuan dia selagi mana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ia juga adalah hak Suhaimi untuk 'home-schooling' anak-anaknya sendiri. Kenapa kah masyarakat kita menjadi begitu penyibuk atas isu yang langsung takde kaitan dengan kehidupan mereka?

Ko nak beli mesin basuh, ko beli.
Dia taknak beli, dia punya pasal.
Ko nak ada peti ais, ko beli.
Dia taknak ada peti ais dia punya pasal.
Ko nak hantar anak-anak ko ke sekolah kerajaan ke swasta ke apa ke itu ko punya pasal.
Dia nak home schoolingkan anak-anak dia, itu dia punya pasal.

Berhenti membuli Suhaimi disebabkan dia memilih cara hidupnya sendiri. Hormati hak dia untuk menentukan apa yang terbaik untuk dirinya dan keluarga selagi mana benda-benda tu tak menyusahkan atau mengacau hak kehidupan kita.

Dan ini adalah penjelasan Suhaimi kenapa dia tidak memiliki mesin basuh dan peti ais di rumahnya sendiri. Dan aku tertanya-tanya. Kenapa la sampai dia kena buat penjelasan public atas perkara yang dia sebenarnya tak perlu pun share kepada public. Pasti teruk netizens menghentam dia bertubi2 sampaikan dia perlu tampil dengan penjelasan. Hmm. Cara hidup kita hak kita, cara hidup Suhami Saad pula hak netizens, tak gitu ke?

Hehe.

------------

MESIN BASUH

(Baca tajuk tu betul betul,jangan komen pasal vaksin pulak)

Memang saya tak ada mesin basuh sejak 5 tahun yang lepas.(itu pun nak screenshot dan buat isu ke)

Sebab apa?
Sebab 'mesin basuh saya' ada di mana mana saja.24 jam lagi.

Memanglah mesin basuh tu keperluan.tapi keperluan setiap orang tak sama.bukak minda tu.

Orang yang tak puas hati dengan cucian mesin,tetap akan basuh guna berus.ok la,itu pilihan dia.tak payah nak kecoh kecoh.

Saya,ina dan anak anak guna banyak pakaian setiap hari.kerja dan kesibukan hidup membuatkan kami perlu bergerak cepat dan pilih cara yang paling mudah dan sesuai dengan hidup kami.

Kalau saya guna mesin basuh biasa,berapa jam nak cuci,berapa jam pulak nak dry,berapa hari nak tunggu kering dan tahun bila pulak nak pakai baju pergi show dan 'mintak sedekah'?
Betul tak?

So,inilah rutin mingguan saya.jarang sangat saya suruh ina yang dobi baju.sebab saya pun sayang isteri saya macam orang lain.
In sya Allah saya belum gila lagi nak paksa dia cuci baju guna tangan.

Tapi bukanlah bermaksud kami ni mengaku zuhud.

Itu ayat orang orang yang tak bertanggungjawab,suka tengok orang berkelahi.

So,kalau tak tau cerita..tanya.jangan pandai pandai reka cerita cerita baru sampai viral satu alam 
Salam Mesin Basuh dari saya,
Suhaimi Saad

------------

SO FA SO GOOD

Ada orang yang bertanya pada saya,kenapa rumah takde sofa,itukan keperluan.
Ini jawapannya..

Sejak 2009,rumah saya juga merupakan kelas mengaji Al Quran bagi anak anak jiran di sekitar rumah.

Rumah yang dihiasi dan dibacakan ayat ayat AlQuran di dalamnya akan terlihat bagaikan bintang bintang oleh penduduk langit.
Macam kita tengok bintang dari bumi.
SubhanAllah..

Kalau dah rumah penuh dengan sofa dan perabot bagai,dah pelik pulak budak budak ni nak mengaji atas sofa.
Raja pun tak buat kot 
Lain la u all,rumah besar macam istana..
Lagi pun,duduk di bawah ni adalah adab menuntut ilmu.sunnah juga.

Begitu juga bila waktu makan atau ada ramai tetamu yang datang.nampak tak adil pulak bila ada yang duduk di atas,ada pulak yang terpaksa duduk di bawah.kan?

Saya ambil berat perkara ni.sesetengah orang tak fikir pun.

Bila semuanya duduk di bawah,maka apa pun darjat dia,artis ke,arnab ke,kita akan rasa kita ni sama je dengan orang lain.
Itu kaedahnya.

Sesetengah orang,sesetengah ya.beli sofa untuk tunjuk pada jiran.lepas tu tumpah makanan dan kopi,dah nak kena basuh,kena tukar dan sebagainya.saya pulak ada anak kecik.so saya elakkan.

Ustad pesan,kalau kita tak mampu nak amalkan semua sunnah,jangan tinggalkan semua.
Paling penting,jangan persenda atau perlekehkan orang yang nak belajar amalkan sunnah.berdosa tau.

Oklah,esok saya cerita bab lain pulak ye.tunggu..

---------------

Alhamdu lillah,

Sambil sambil reply komen2 kat fb tu,siap jugak 'sambal terung ss'.

Abang abang kat rumah tu pun kena try dan tolong masak untuk wife dan anak anak.
Mesti diorang suka.

Paling best kat rumah ni,siapa yang masak,dia tak payah jaga anak dan basuh pinggan 
Apa pun,saya suka latih isteri dan anak anak habiskan makanan.itu pun satu sunnah nabi.membazir tu pun amalan syaitan.

Sebab tu lah 10 tahun bernikah,rumah saya tak pernah ada peti ais.bukan tak mampu.tapi tak mahu.tak suka amalkan simpan simpan makanan.

Saya suka keluarga saya makan makanan yang bersih dan segar.

Tak kiralah ikan ke,daging atau sayur.
Semalam,saya sempat 'beraya' di rumah sorang tukang urut di Klang.

Walaupun dah berumur,suami isteri masih sihat dan nampak muda daripada usia sebenar.
Saya tanya apa rahsia mereka sihat dan nampak muda?

Wak tu jawab :

1.buat apa pun,nak bangun ke,nak duduk ke,nak mula setiap langkah tu,ingat Allah dan banyak banyak sebut nama Allah.

SubhanAllah,alhamdu lillah,Allahu Akbar.

2.jangan amalkan minum ais/air batu.syabu lagi la..hahak

(Ini bukan saja baik untuk suara,tapi juga untuk kesihatan jangkamasa panjang.
Kalau dah ada peti ais,susahlah nak kawal keinginan nak minum ais tu kan.
Sebab tu saya tak beli peti.kalau teringin nak minum atau ada orang datang ziarah,baru beli.)

3.Amalkan beberapa senaman.
Wak tu siap bangun dan tunjukkan senaman senaman tu pada saya dan Ina.hehe

4.jangan amalkan makan ubat ubatan klinik dan hospital.(kata Wak)Jangan amalkan..kalau terpaksa,apa boleh buat..

5.Tidur sekali je setiap hari.
Saya tanya,tidur sekali?
Wak : faham tak?
Saya : tidur sekali dengan bini ke?
Wak : hahahha..bukan,maksud tidur sekali sehari ni..kalau kita tidur malam tu,bila dah terjaga waktu pagi atau siang,jangan tidur semula.terus bangun.kalau kita tidur semula,itu dah jadi dua kali tidur.kata Wak...
Terung ni,Wak tu la yang hadiahkan.
Terima kasih wak.murah reteki Wak,amiin
Takde PETI AIS,jimat letrik.
Jom Maghrib!