t>

Breaking News

Direman 3 Hari - Penulis 76 Tahun Disiasat Kerana Hina PM Di AplikasiWhatsApp.


Seorang penulis buku veteran direman selama tiga hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan terhadap kes menyebarkan gambar mengaibkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Norhidayah Abd Manaf membenarkan penulis direman sehingga Selasa selepas mengambilkira faktor kesihatan tertuduh yang menghidap kencing manis dan darah tinggi.

Mengikut faktas kes, pada Jumaat lalu kira-kira jam 7.00 pagi pengadu menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang memaparkan gambar tidak senonoh Najib yang dihantar penulis. Pengadu mendapati gambar berkenaan telah diedit dan menjatuhkan moral pemimpin pertama negara, lapor Sinar Harian.

Penulis itu pada mulanya ditahan polis di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari mulai hari ini hingga 6 Julai. Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Dia yang memakai baju lokap bewarna unggu dibawa ke mahkamah kira-kira jam 10 pagi tadi. -MalaysiaKini