t>

Breaking News

Letupan Madinah - Empat Terbunuh, Serangan Pengebom Berani Mati.


DUBAI, United Arab Emirates - Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata empat pengawai keselamatan terbunuh manakala lima cedera dalam kejadian pengeboman berani mati di Madinah baru-baru ini.

Kenyataan ini sekaligus mengesahkan bahawa kejadian letupan di madinah berhampiran masjid Nabawi berkait dengan aktiviti keganasan. Menurut kenyataan itu lagi, mangsa terbunuh ketika cuba menghalang pengebom itu dari memasuki masjid Nabawi dan cuba meletupkan diri.

Kenyataan menerusi twitter itu turut menyebut, pengebom itu meletupkan diri menggunakan bahan letupan yang diikat di pinggangnya. Tragedi pengeboman itu merupakan serangan ketiga yang berlaku di Saudi dalam masa 24 jam. -SK