t>

Breaking News

Nak Pancing Jawatan EXCO Ke? - Azmin Sound AMANAH.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali hari ini menempelak Timbalan Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor, Saari Sungib dengan bertanya jika mahu memancing jawatan jawatankuasa eksekutif (exco) negeri tersebut."@SaariSungib nak jadi pengemis untuk jawatan EXCO ke?" sindir Azmin di akaun Twitter beliau pagi ini.
Walaupun timbalan presiden PKR itu tidak mengulas lanjut mengenai kenyataan satu baris itu, ia dipercayai merujuk kepada kenyataan Saari semalam yang mempersoalkan sekiranya menteri besar itu sedang bermain 'politik istana' bagi memberi alasan untuk mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri.
Dalam forum anjuran Gerakbudaya di Petaling Jaya malam semalam, Saari meminta Azmin menjelaskan sama ada beliau mengamalkan budaya berbahaya iaitu permainan "politik istana" dengan mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri.
Kata Saari, timbalan presiden PKR itu perlu menjelaskan persepsi bahawa beliau memenuhi kehendak istana supaya kerajaan negeri dianggotai oleh majoriti orang Melayu.
"Dengan hormat kepada Azmin, saya masih bantu dan sokong kerana beliau cuba bermain dengan budaya yang bahaya iaitu permainan politik istana.
“Isu yang akan ditekan di kerajaan Selangor ini (perlu) diterajui oleh majoriti Melayu,” kata Saari yang juga adalah ADUN Hulu Klang.
Kerajaan Selangor terdiri daripada wakil rakyat PAS, PKR dan DAP, walaupun Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh ketiga-tiga parti itu sebelum ini tumbang.
PKR dan DAP bergabung dengan parti serpihan PAS, AMANAH untuk membentuk Pakatan Harapan, tetapi PAS terus diberi empat kerusi exco hasil kerjasama PAS-PKR.
Ekoran 'perang' Twitter itu, Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng menyeru kedua-dua pemimpin agar mengadakan 'gencatan senjata'. - Malaysiakini