t>

Breaking News

Pernah Ditipu Dalam Projek Perumahan Alfafa? - Baca Pendedahan Ini.


Assalamualaikum buat rakan-rakan FB sekalian,
Terima kasih atas respon sokongan Tuan-Puan sekalian terhadap saman pemula yg dikemukakan oleh Norsham dan Alfafa melalui Rahmah & Co.

Ia memberi suntikan semangat kepada saya utk menghadapi mereka di mahkamah esok.

InsyaAllah Khamis 28 Julai 2016 saya akan hadiri sendiri sesi sebutan kes ini pada jam 9:00 pagi di Tingkat 3 Mahkamah Tinggi Shah Alam, bersama peguam.

Walaupun boleh sahaja saya saya wakilkan kpd peguam utk sebutan kes esok, tapi elok juga saya datang utk berhadapan sendiri dgn Norsham, itupun jika dia ada. Boleh selfie-welfie apa yg patut 
Jika ada mangsa-mangsa Alfafa yg berkepingin jumpa dgn Norsham dan peguamnya Rahmah, boleh datang sekali utk tanyakan soalan berkenaan rumah-rumah yg dijanjikan siap sepatutnya pada Mei lepas.

Buat rakan-rakan yg ingin hadir esok pagi, boleh datang pada waktu dan lokasi yg dimaklumkan.
Juga jika ada media utk membuat liputan, boleh hadir bersama. Saya tiada plan utk adakan sidang media, tapi jika ada yg ingin menemuramah saya alu-alukan.

Rakan-rakan sekalian,

Ada juga cadangan utk membuat kutipan sumbangan bagi menampung tabung guaman bagi kes ini sebagai tanda sokongan. InsyaAllah saya akan bincangkan dengan peguam esok hari.

Melalui verbal saya dimaklumkan, jika ia dibawa ke sesi perbicaraan akan memakan tempoh yg panjang dan kos yg tidak kurang dari 5 angka sebagai yuran profesional pasukan peguam.

Tindakan sebegini, sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah utk menggertak saya supaya tidak lagi utk bongkarkan kebobrokan Alfafa yg saya buat sejak 3 tahun lalu.

InsyaALLAH, ia tidak sekali-kali menggentarkan saya apatah lagi untuk saya berpatah balik membongkar kes-kes penipuan skim-skim too good to be true Alfafa dan skim-skim lain.

Saya tidak menyangka pun, hobi saya membongkar skim-skim too good to be true ini membawa kepada kes mahkamah.

Sepanjang pengalaman saya sebagai perunding dalam bidang servis kewangan membanteras dan membongkar skim-skim mengarut sebegini, saya kira ini antara skim yg pling lama saya lawan dan bertahan.

Berbanding skim-skim sebelum ini sedari zaman skim BuluhMas, Infinity Downline, Geneva, Tok Belagak, YSLM, Wadiah Trading, Highway Group, ARBA, MeccaFund - hampir kesemunya sudah terkubur dan kalau ada pun sudah beberapa kali diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Tapi skim Alfafa ini mampu bertahan kerana perjanjian mereka mengambil masa 3 tahun utk siapkan rumah yg ditempah. Dalam tempoh 3 tahun, berapa ramai yg terpedaya dan berapa banyak jumlah yg dikumpul.

Buat para mangsa dan pembeli Alfafa, sekarang adalah masa terbaik utk bertindak. Laporan rasmi perlu dibuat supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan. Jika ia dibuat secara berkumpulan, ia lebih mudah diselesaikan dan menjimatkan kos guaman. Selagi tiada laporan, tiada sebarang tindakan yg boleh diambil.

Kepada Norsham, Geng Alfafa dan peguam Rahmah, bersedia utk ditelanjangkan di mahkamah.

Rakan-rakan sekalian,

Mohon doa semua utk saya hadapi kes ini dengan jayanya.

Mohon kongskan status ini supaya lebih ramai lagi yg buka mata dan tidak terpengaruh dengan skim-skim too good to be true sebegini.

Sekian, wassalam.


Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan.

Kalau takut dengan scammer, usah bicara soal perjuangan melawan skim too good to be true.
Lawan tetap lawan!