t>

Breaking News

Anggota ATM Disaran Jangan Main Pokemon Go Kerana Wujud Unsur Pencerobohan.


Anggota Tentera Darat Malaysia disaran untuk tidak bermain permainan maya Pokemon Go kerana dibimbangi mempunyai unsur pencerobohan dan ancaman keselamatan. Panglima Tentera Darat Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata ini kerana permainan tersebut yang menggunakan Sistem Pengesan Kedudukan Global (GPS) dikhuatiri mampu memberi ancaman terhadap keselamatan kem, peralatan atau anggota sendiri.

 "Kami tidak akan berkompromi jika permainan itu didapati mempunyai unsur pencerobohan bahkan Angkatan Tentera Malaysia sendiri sedang meneliti perkara itu sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perbarisan Penghargaan Sempena Persaraan Ketua Pengarah Gred Utama C, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Datuk Mohd Noor Daud di Kem Lapangan Terbang di Sungai Petani hari ini.

Turut hadir Panglima Medan Barat, Tentera Darat, merangkap Pengerusi Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim. Terdahulu, seramai 495 anggota dan pegawai tentera darat menghadiri majlis berkenaan bagi meraikan Mohd Noor yang bakal bersara pada 24 Ogos ini. Mohd Noor yang berkhidmat selama 41 tahun dalam tentera, iaitu sejak 1974, hadir ditemani isteri, Datin Samsiah Abdul Samad.

 - Bernama