t>

Breaking News

Bangsa Johor Tidak Sihat Kepada Negara, Mendorong Perpecahan Kata Mahathir.


Menyemarakkan semangat nasionalisme atau bangsa Johor adalah tidak sihat untuk Malaysia dan boleh membawa kepada keruntuhan persekutuan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

 Walaupun, ia hak kerabat diraja Johor untuk mempromosikan idea berkenaan, Dr Mahathir berkata, hanya dengan perpaduan, Malaysia boleh menjadi makmur. “Adalah hak mereka untuk mempromosikan idea itu. Tetapi bagi saya, jika setiap negeri cuba untuk berpisah, maka persekutuan akan runtuh. Kita perlu bekerja bersama kerana hanya dengan perpaduan kita boleh menjadi makmur. "Malah, ketika kita berpisah sebelum ini, kita tidak makmur.

Kita hanya makmur selepas kemerdekaan kerana kita bersatu dalam persekutuan dan menyokong satu sama lain," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Putrajaya hari ini. Awal pagi ini, Dr Mahathir menyampaikan ucaptama pada forum bertema 'Persekutuan dan negeri-negeri: Hubungan Persekutuan-negeri di Malaysia'. Pada awal bulan Jun yang lalu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang lantang dalam meluahkan isi hatinya pernah melontarkan pesanan berikut kepada mereka yang tidak senang hati dengan negerinya menjadi sebahagian daripada Malaysia.

 “....Anda boleh beramai-ramai berjumpa dengan YAB Perdana Menteri di Putrajaya untuk mengusulkan satu deklarasi kepada beliau untuk mengeluarkan negeri Johor dari Malaysia," menurut pesanan itu.

Dalam catatan laman Johor Southern Tigers di Facebook itu, Tunku Ismail turut memetik beberapa sebab yang menjurus kepada kelebihan negeri tersebut yang membangkitkan rasa iri hati kepada sesetengah pihak, antaranya, tiada unsur perkauman dan kebencian terhadap rasuah.

Setiap ayat dimuatkan dengan perkataan “Jangan salahkan Negeri Johor”. “...Jangan salahkan Negeri Johor dan mengapa kami bangga menjadi bangsa Johor kerana negeri kami telah dibina bukan atas dasar perkauman ianya dibina kerana kami bersatu sebagai bangsa Johor sejak dahulu.

 “....Mengapa kami bangga dengan pemimpin kami yang senantiasa bersama kami pada saat susah dan senang... suka dan duka. “Jikalau kami tidak suka kepada orang yang korup... kerana kami tidak pernah dididik utk menjadi sekeji itu.” ujar Tunku Ismail lagi. -Mkini.