Jangan Dedahkan Aib Sekolah Agama, Tak Baik Untuk Imej Agamawan Kata Ustaz.


1) John Hepworth, seorang Bishop gereja katolik di Adelaide dalam satu pendedahan telah mendakwa yang dia pernah jadi mangsa cabul masa dia habiskan pengajian di St Francis Xavier Seminary sekitar awal tahun 1960'an. Seminary ni macam sekolah agama lah kalau kita nak buat perbandingan. Itu pengakuan Bishop di Adelaide yang pernah jadi 'makanan' masa dia budak budak belajar di sekolah agama 50 tahun lepas.

Tahun 2016, juga di Australia, Royal Commision Ballarat, Victoria telah mengesahkan sejumlah 853 orang pelajar sekolah agama St Patrick College dan sekolah rendah agama Allipius di Ballarat telah menjadi mangsa cabul selama berbelas tahuan dan sepanjang proses aduan-penghakiman-tindakan, pihak Christian Brothers telah diarah membayar pampasan hampir AUD40 juta (RM100++juta) kepada mangsa yang terlibat.

 2) Kau kenal Baruch Lanner? Baruch Lanner ni Rabbi Orthodox, seorang alim ulama' Yahudi (pengamal Judaism) di New Jersey, USA. Apa dia buat? Orang tua ni involve dengan child sex abuse dari tahun 1970, dan cuma kantoi pada tahun 2000. Dah buat kerja 30 tahun baru kantoi. Entah berapa ramai budak budak yang masuk sekolah agama yahudi jadi mangsa dia.

Lagi power, Orthodox Union belanja dekat USD 1 juta semata mata nak interview pelajar dan bekas pelajar pasal kelaku beruk Baruch Banner ni. Orthodox Union ni kita boleh faham fungsi dia macam JAKIM di Malaysia, tapi dia bukan JAKIM, dia JAKAYU (Jabatan Kemajuan Agama Yahudi USA).

3) Ok, sekarang jom kita belajar pula pasal The Dancing Boys of Afghanistan. Ada dokumentari solid pasal Dancing Boys ni, kau boleh cari tengok sendiri kat Youtube. Dalam bahasa negara Afghanistan, depa panggil Bacha Bazi, maksud dia Boys for Play. Benda ni tradisi, orang kaya boleh beli budak jambu umur bawah 13 tahun buat jadi sex toy. Lagi ramai kau boleh beli budak budak lelaki jambu ni, lagi tinggi martabat sosial kau di mata masyarakat. Homosexual ke atas kanak kanak tidak dilihat sebagai satu kesalahan di sana, malah hal yang hampir sama berlaku di negara jiran Pakistan. 12 tahun lepas, bila Aamir Liaquat Hussain, timbalan menteri agama Pakistan bgtau BBC yang beratus Madrasah di seluruh Pakistan ada kes cabul budak lelaki, kau ingat lepas tu dia jad hero? No way!

Sebagai balasan, dia diancam bunuh oleh para Mullah yang mewakili madrasah madrasah ni. Siap nak kena bunuh beb. Dalam konteks ni, dah tak kira kau masuk sekolah agama atau sekolah tak agama, nasib tak baik muka jambu putih gebu memang tunggu je lah orang tua datang baham.

4) Bercakap pasal child abuse ni, di Yaman hampir suku dari keseluruhan perempuan berkahwin kurang dari umur 15 tahun. Ada yang kawin seawal umur 10 tahun. Apa masalahnya? Masalahnya ramai kanak kanak ni mati masa proses melahirkan anak. Bukan setakat kes mati masa beranak, ramai juga yang mati masa buat hubungan sex akibat internal bleeding. Nak faham benda ni bukan susah, dia budak umur baru 10-11 tahun, kau pulak umur 25-30 tahun, bangsa Yaman bang, memang lah internal bleeding, kalau bani Melayu punya kerja tak sampai teruk macam tu kot.

5) Ok sekarang, persamaan antara point 1-2 dan 3-4, aku nak sampaikan adalah pencabulan kanak kanak tak kira apa agama, negara, bahasa, budaya, sekolah agama atau tak sekolah agama, budak boleh saja berlaku.

6) Apa pula perbezaannya? Pencabulan kanak kanak di negara kafir pantas mendapat pembelaan (siap dapat pampasan), tapi hal yang sama susah kita nak ukur bila berlaku dalam negara yang penganut dan undang undangnya semuanya ada jenama Islam. Pampasan? Jauh panggang dari api lah. Kalau ada kes orang whistle blow, esok lusa kena ugut bunuh dah.

7) Macam mana pula kes cabul Maahad Tahfiz di Ipoh baru baru ni bang? Aku rasa, kalau semua bekas pelajar Maahad Tahfiz, SMKA, SBP, MRSM, Teknik, Pondok, bukak page kumpul buat testimoni confession, samada tahu, mengenali, dengar cerita, jadi mangsa, pemangsa..

Phewww!

Boleh bengkrap page lain. Silap haribulan kerajaan haramkan modul sekolah asrama ni. Habis kita nak kata semua sistem asrama selama ni bergelut dengan isu isu macam ni ke? Memang tak semua, tapi isu tu memang ada, sukar nak dinafikan. Cuma masalah yang lagi besar, bila isu jadi, pendekatan paling selamber adalah sapu masuk bawah karpet, senyap senyap sudah lah jaga aib.

 Senyap senyap jaga aib macam ni lah yang melingkupkan anak bangsa kita. Warden senyap, cikgu senyap, pengetua senyap, pegawai ppd senyap, sampai ke mak bapak pun ada yang senyap sebab risau malu ke jiran jiran.

8) Ingat, Tempat paling tenang untuk kejahatan bersembunyi adalah disebalik kata kata baik dan pakaian agama yang indah indah.

9) Tapi abang tak jawab lagi, kes Maahad Tahfiz Ipoh tu macam mana? Cubaan fitnah mudir dan nak burukkan nama sekolah ke?

Pada pendapat aku, Cerita buka seluar buat aksi itu ini budak budak umur 9-10 tahun nak reka macam mana kalau depa tak alami sendiri kejadian tu?

Sumber : Fdaus Ahmad.

Share this :

Previous
Next Post »