Kerana Merosakkan Majlis Persandingan Pasangan Ain & Nizam, Purple Lavender Catering Diserang Netizens.

Bayangkan. Tengah berseronok dan berdebar-debar menanti hari disandingkan tiba-tiba kita mendapat tahu bahawa segala persiapan kahwin tidak dapat disediakan oleh pihak yang dibayar kerana menghilangkan diri pada hari persandingan.

Duit dah dibayar.
Perbincangan dah dilakukan.
Tiba-tiba pihak catering melarikan diri.

Inila yang terjadi kepada pasangan pengantin Ain dan Nizam. Kisah mereka mula menjadi viral apabila luahan mereka disiarkan oleh portal OhMedia.

Berikut kenyataan yang dikongsikan oleh portal berkenaan ;

Assalammualaikum Oh! Media...

Mohon jasa baik sekiranya cerita saya ini dapat dikongsi kepada para pembaca semua. Bukan tujuan untuk mendapatkan publisiti jauh sekali untuk mengaibkan sesiapa. Atas kebenaran daripada empunya diri serta rasa belas ihsan seorang kawan, saya mengharapkan cerita ini dapat diviralkan untuk menjadi pengajaran kepada semua supaya perkara sebegini tidak akan berlaku kepada orang lain yang sedang merancang untuk menempuh hari bahagia mereka. 


Alkisahnya, tanggal 6/8/2016 sepatutnya merupakan hari yang paling gembira buat pasangan pengantin, Ain dah Nizam. Saya sebagai kawan Ain turut tidak terkecuali untuk dijemput hadir bagi menyambut hari bahagia mereka itu.

Namun, segalanya bertukar menjadi tanda tanya sebaik sahaja saya tiba di luar dewan yang sepatutnya menjadi lokasi majlis perkahwinan mereka pada hari ini.

Dewan yang seharusnya meriah dengan suasana majlis serta kehadiran ramai tetamu sebaliknya nampak suram dengan hanya beberapa buah kereta yang diparkir di luar dewan.

Apabila diteliti, ada beberapa keping kertas yang digantung di pagar dewan berserta tulisan 'HARAP MAAF...MAJLIS PERKAHWINAN AIN & NIZAM DIBATALKAN...'.


Niat ingin terus beredar segera dibatalkan kerana terlihat kelibat pasangan pengantin di perkarangan dewan dengan hanya memakai pakaian biasa sahaja. Beberapa orang lain turut berkumpul di perkarangan dewan tersebut dengan wajah yang sunggul.

Langkah kaki diatur juga memasuki perkarangan dewan tersebut. Kelihatan ibu pengantin perempuan sedang duduk lesu di atas kerusi sambil ditenangkan oleh beberapa wanita berusia yang lain.

''Apa yang berlaku??'' Terus sahaja saya bertanya kepada Ain tanya memberi sebarang mukadimah atau salam.

Ain memeluk saya dan berulang kali memohon maaf kerana tidak sempat untuk memberitahu saya tentang pembatalan majlis perkahwinan tersebut. Saya cuba menenangkan Ain yang tidak dapat menahan diri daripada menangis.

Menurut Ain, majlis tersebut dibatalkan kerana pihak catering tidak hadir seperti yang dijanjikan. Bukan itu sahaja, hampir keseluruhan majlis tersebut sepatutnya disediakan oleh pihak catering termasuklah pakej pelamin.

Lebih menyedihkan apabila pengurus catering itu juga gagal dihubungi dan langsung tidak dapat dikesan pada pagi sebelum majlis perkahwinan tersebut.

Sejumlah wang anggaran RM10k yang dilaburkan kepada pihak catering hilang begitu sahaja. Itu tidak termasuk kerugian-kerugian lain yang terpaksa ditanggung kerana majlis tersebut dibatalkan. Walhal sehari sebelum majlis perkahwinan, pengurus catering itu masih dapat dihubungi seperti tiada perkara buruk yang bakal terjadi.


Sudahlah tiada majlis perkahwinan, pihak pengantin dan keluarga juga terpaksa menebalkan muka dan menanggung malu apabila terpaksa menerangkan perkara sebenar kepada para tetamu yang tidak putus-putus datang dari jauh kerana tidak tahu mengenai berita pembatalan majlis di saat-saat akhir itu.

Selepas disoal selidik, catering yang dipilih oleh pasangan pengantin itu digelar sebagai Purple Lavender Catering Services yang khabarnya dimiliki oleh sepasang suami isteri Melayu dan dikenali perkhidmatan mereka melalui media sosial Facebook.

Susulan daripada peristiwa itu, pihak pengantin akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak catering tersebut termasuklah membuat laporan pihak polis serta menfailkan saman kerugian kepada pihak yang terlibat.

Berikut disertakan gambar-gambar serta bukti pembayaran kepada pihak catering tersebut.





Mohon jasa baik pihak Oh Media! sekiranya dapat menyiarkan perkongsian cerita saya di atas..

Terima kasih...


Sumber : OhMedia.

Rentetan dari perkongsian tersebut, warga maya mula menghamburkan kemarahan kepada pihak catering berkenaan kerana bersimpati dengan Ain dan Nizam yang dianiaya oleh pihak catering pada saat-saat akhir.

Gambar2 pemilik catering itu juga mula disebarkan di alam maya. Andaikata ditukar nama pun tidak berguna juga kerana orang dah mark wajah masing2. Itula, lain kali nak meniaga, meniaga elok2. Takde apa jua alasan yang boleh menghalalkan tindakan pihak catering apabila menyebabkan majlis perkahwinan orang rosak dan dibatalkan pada saat akhir kerana gagal menjalankan tugas melainkan kematian. Dah mati ke bos-bos di Purple Lavender Catering tu? Huhu..

Share this :

Previous
Next Post »