t>

Breaking News

Kerana Tulis Surat Terbuka Berbaur Mengedik Kepada Uqasha, Netizen Kritik Dai'e Wan, Memalukan Kaum Ustaz!

Biar gambar berbicara.








Ketika melihat beberap Facebookers giat menyebarkan surat terbuka Da'i Wan kepada Uqasha, terdetik juga dalam hati aku. Dia neh gila populariti ke? Kenapa mesti Uqasha? Kenapa mesti tentang artis? Tak boleh ke ulas something yang lebih penting?

Kemudiannya aku laju-laju ke facebook rasmi dia.

Dan terbaca ramai juga yang mengkritik dia. Laa aku tak berkeseorangan rupanya dalameluahkan rasa meluat. Ramai juga yang rasa jijik dengan perlakuan Dai Wan. Oleh kerana dia bawa imej ala-ala islamik, pendakwah yang kononnya digelar ustaz ustaz gitu maka tak pelik juga kenapa tulisan mengedik dia tentang Uqasha dikritik netizens.

Lebih-lebih lagi bila ;


Hahh, sebar luaskan?

Luas mane kau nak? Luas sampai kena maki balik ke apa? Menasihati seseorang tak salah. Tetapi title tu biar cantik sikit dengan tindakan. Nanti digelar ustaz gatal marah pula. Lebih2 lagi di Malaysia neh ada banyak lagi masalah penting yang boleh dihuraikan oleh seorang pendakwah.

Kenapa mesti memilih isu artis yang berkongsikan cerita peribadi? Isu arwah adik Azim yang terjatuh di bangunan sekolah tingkat 3 tu pun lagi penting dari bebel citer Uqasha. Cuba sebagai Daie ko ulas insiden berkenaan yang dikaitkan dengan kejadian buli atau gurauan yang menyebabkan kematian teman sekelas.

Kan ko muda lagi. Baru 23. Kes budak2 sekolah tu lagi molek la kau ulas. Kena dengan usia. Ini ada ke patut ulas citer artis. Low class. Tak pandai nak highlight isu. Lepas tu bajet daie konon. Memalukan. Orang macam ko neh la buat masyarakat pandang rendah pada golongan agamawan. Agamawan express. Sebab tu sekarang masyarakat dah hilang rasa respect. Fikir-fikirkanla ya.

Dan di bawah ini, nasihat terbuka kepada Da'i Wan. Tolong la ye. Sebar luaskan.

Muahahahaha.

SURAT TERBUKA KEPADA SAUDARA WAN DAZRIN

Lewat malam semalam saudara menulis sebuah karangan panjang mengenai satu luahan perasaan (bagi saya ia bukan mesej dakwah jika anda mendakwa begitu) yang kononnya mengajak wanita tersebut untuk istiqamah bertudung. Oleh kerana saudara adalah public figure yang menjadi perhatian umum dan menggelar diri sebagai seorang Da'i (pendakwah), saya tuliskan surat terbuka ini bagi menyampaikan kekesalan atas tindakan saudara.

Saya keliru sebenarnya saudara cuba menyampaikan mesej dakwah pada wanita berkenaan atau sedang mengorat, memancing cinta wanita berkenaan atau mencari perhatian netizen. Jika saudara ingin menyampaikan dakwah, mesej yang anda ingin sampaikan tidak mencapai maksud yang sebenar. Kerana ia lebih kepada nada memujuk dan merayu kepada wanita yang bukan mahram, dengan kata-kata yang tidak matang dan ayat-ayat yang tidak sesuai sehingga mengundang fitnah yang sangat buruk.

Fitnah bahawa pendakwah boleh mengambil pendekatan itu dengan tiket untuk berdakwah. Netizen melihat ia sesuatu yang tidak salah, malah menggalakkan. Sedangkan di dalam Islam ada batasan akhlak dan syari'at yang memandu method dakwah yang suci dari kehendak nafsu atau manfaat peribadi. Ia agak keterlaluan bila anda sampaikan di medium umum dan menyeru netizen untuk viralkan.

Saudara boleh berfikir dengan matang apa yang saudara tuliskan itu sebenarnya menyampaikan maksud sebenar atau sekadar mencari perhatian netizen. Saya kesal dengan akhlak dan tindakan saudara yang mencemarkan imej seorang Muslim yang ingin berdakwah.

Matlamat tidak menghalalkan cara. Matlamat untuk menyampaikan dakwah tidak menghalalkan anda menulis ayat-ayat sedemikian yang tidak layak bagi seorang Da'i. Oleh yang demikian, dengan penuh rasa hormat saya menyeru saudara untuk DELETE semua surat cinta saudara yang bertopengkan agama tersebut di semua saluran Facebook, Twitter dan mana-mana medium agar fitnah ini tidak jauh tersebar.

Bertakwalah kepada Allah.

Semoga Allah mengampunkan dosa saya, saudara dan seluruh netizen.
#talbisiblis
#daimilenia
Khairunnisa binti Mazlan
Ketua Beliawanis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)