t>

Breaking News

Rosmah Jiwa Besar Maafkan Pemfitnah Kata Pegawai Khas Rosmah - Laporan Polis Boleh La Di Tarik Balik..


Tarik balik laporan polis. Memandangkan Rosmah berjiwa besar telah memaafkan semua yang menfitnahnya, eloknya laporan polis tersebut ditarik balik. Tak logik pun nak mengatakan penyebaran gambar2 Rosmah yang dikatakan mislead dari cerita sebenar ialah menghina institusi beraja di Malaysia disebabkan komen-komen netizens hanya menyasarkan batang tubuh Rosmah Mansur. Tak kritik pun monarki Pahang.

Tambahan pula ianya bukan perkara baru monarki Pahang dikritik umum. Isu FAM, CAMERON HIGHLANDS, PENEROKAAN TANAH HARAM, BAUKSIT adalah contoh-contoh isu yang seringkali dilaporkan dengan mengaitkan peranan monarki Pahang dalam isu-isu tersebut.

Tak nampak pula monarki Pahang sensitif sampai tahan dan bawa masuk pengkritik ke dalam negeri Pahang..

Monarki Pahang cool dengan kritikan secara tindakan bukan berdasarkan percakapan mulut semata-mata.. itu barulah cool yang sebenar-benarnya..

Fikir-fikirkanla ya..

------------

Rizal Mansor, pegawai khas kepada Rosmah Mansur menulis ;

DATIN SERI ROSMAH MANSOR YANG KUKENALI

Antara tanda akhir zaman ialah fitnah yang berleluasa. Serangan fitnah menghukum bertubi-tubi. Serangan datang dengan pelbagai cara dan strategi yang berbeza. Manusia makin alpa dan terbuai dengan yang fana dengan sikap ketidakpedulian yang penuh agenda merudumkan keimanan.

Begitu lah yang menimpa Datin Seri Rosmah Mansor. Walaupun diserang dengan pelbagai cemuhan dan fitnah DSR tetap tenang dan cool tidak mudah melatah dan melenting.. Beliau tetap berjiwa besar memaafkan yang tukang sebar fitnah walaupun sipemfitnah sedikit pun tidak terbuka hati mereka memohon maaf kepada DSR.

DSR anggap ini sebagai sebahagian asam garam menjadi isteri pemimpin tertinggi negara. Falsafah hidupnya fitnah tidak sesekali mampu menewaskan kebenaran yang terungkai.