t>

Breaking News

Sistem GPS Yang Merosakkan Pendidikan Negara - Luahan Bekas Guru.


Di sekolah dulu, perkara yang paling aku tak boleh lupa ialah mesyuarat guru. Sebab mesyuarat guru ni boleh kata tiap minggu ada. Kalau mood Guru Besar tengah into mesyuarat, boleh jadi 3 kali ke 4 kali seminggu.

 Dan biasanya berjam-jam, kadang kalau mula jam 1, jam 4 petang baru selesai. Pernah juga mesyuarat ni membawa hingga jam 4.40 petang. Bayangkan, datang sekolah jam 7 pagi.

Apa yang biasanya dibincangkan dalam mesyuarat guru yang tiap minggu dijalankan ni? GPS. GPS ni Gred Purata Sekolah. Ia dikira berdasarkan prestasi murid dalam peperiksaan.

 Seingat aku selama 6 tahun mengajar, tak pernah sekali pun mesyuarat diadakan untuk membincangkan bagaimana sekolah mahu menguruskan murid yang belum boleh membaca. Sedangkan murid yang tidak boleh membaca peratusannya besar juga, kadangkala ada murid sehingga Tahun 4 masih tak boleh membaca lancar. Bayangkan, dalam ratusan ribu mesyuarat yang diadakan itu, tak pernah sekali pun dibincangkan mengenai anak bermasalah, ataupun mengenai murid miskin.

Sedangkan itulah beban sekolah yang sebenarnya. Walhal yang diperbincang saban hari ialah GPS, melalui angka-angka yang tidak dapat menerangkan sosiologi dan kesan ekonomi terhadap keberadaan murid dan prestasi mereka. Jadi bila ada orang kata jangan salahkan sistem pendidikan di negara kita ni, aku rasa nak tepuk je dahi dia kuat-kuat bagi bergegar otak dia.

Sebab mungkin lepas otak dia bergegar dia akan faham apakah real-politik di sekolah, masalah beban guru serta isu kepimpinan yang semakin barai di sekolah nasional.

Sistem GPS selama bertahun-tahun telah berjaya mengalih perhatian sekolah dari mendidik anak murid kepada sebuah syarikat ala-1MDB yang akhirnya bukan saja melingkup, tapi mengheret anak kita kedalam sebuah masalah yang lebih besar.

ZF Zamir
Telah menghadiri ratusan ribu mesyuarat guru sejak 2010.