t>

Breaking News

Yuna Bengang Rancangan Parodi ASTRO Berbaur Perkauman..

Yuna, artis Malaysia yang sedang mencipta nama di peringkat antarabangsa telah meluahkan rasa bengangnya kepada Astro disebabkan satu rancangan parodi yang disiarkan baru-baru ini. Klip video rancangan parodi itu juga disebarkan secara berleluasa di laman sosial.

Rancangan parodi tersebut yang dikenali dengan nama "Meletop" telah bertindak menyindir Yuna dalam aksi peluknya bersama Usher selepas tamat mengadakan persembahan lagu duet Crush (single terbaru Yuna) feat Usher.

Rancangan tersebut telah melakonkan semula babak persembahan Yuna dan Usher yang dilakonkan oleh Jihan Muse sebagai Yuna dan Syuk Joras (sebagai Usher) ketika mengadakan persembahan lagu Crush. Dan apa yang menimbulkan kemarahan Yuna ialah wajah Syuk Joras telah dihitamkan bagi membayangkan watak Usher.

Dan ini ialah apa yang diluahkan Yuna menerusi fb peribadinya ;


Sememangnya menghitamkan muka bagi melakonkan watak orang yang berkulit hitam ialah perkara sensitiviti bagi orang kulit hitam di Amerika. Ianya satu bentuk penghinaan dan dianggap perkauman. Baik ko panggil orang kulit hitam je berlakon dari menyindir sedemikian rupa.

Luahan Yuna ada asasnya kerana dia sedang mencipta nama di negara tersebut. Jika rakyat Malaysia mengambarkan diri mereka sebagai biadap dan perkauman, mahupun orang sana menerima muzik Yuna? Silap-silap diboikot pula.

Bergurau perlu ada hadnya. Kalau ya pun si Jihan & Syuk nak menyindir Yuna berpeluk, si Jihan tu bagus sangat dah ke? Tudung mane tudung? Aurat kau taknak sindir ke? Rambut kaler-kaler ada ahti nak sindir Yuna. Cermin dulu diri ko tu. Pakaian pun banyak yang karut-marut je. Syuk pula? Maaf. Haram aku kenal.

Yuna tu sebenarnya rasa malu-malu nak sahut Usher. Satu dua benda insensitiviti yang dibuat oleh Yuna, nasihat la. Memang aksi tu tak sesuai sebab dia anak muslim. Tapi, again. Nasihat la. Aku perhatikan si Yuna neh seboleh2 nak cuba sesuaikan diri dengan persekitaran New York. Nampak juga dia macam terjejas sedikit sebab part tudung tu makin lama makin pelik. 

Hehe. 

Tapi aku seriyus meluat dengan artis2 komedi Malaysia yang kadang2 suka buat lawak bangang. Contoh buat lawak pasal cacat, pekak, bisu tu apa.. kau ingat lawak sangat ke menghina ketidakmampuan seseorang? Bodoh arh dorang neh. Sekarang buat lawak pasal perkauman pula.

Ko parodi ASTRO yang asyik siarkan iklan walaupun channel berbayar, rancangan ulang2 sampai muntah, citer2 bodoh yang takde faedah, caj naik tiap2 tahun lagi ada faedah Jihan dan Syuk oi. Meluat kat korang. BODOH. Dah pergi mati. Jenis malas study. Buat komedi karut marut.

Btw, ASTRO dah padamkan semua link2 video parodi tersebut. Ada yang sokong tapi ramai juga yang bantah kerana membela Yuna. 

Bagus juga ASTRO padam. Harap dengan ASTRO sekali padam. Nak tanya juga kat Jihan dan Syuk. Bos ASTRO kulit warna apa? Jangan marah ahh. Ini bukan perkauman. Pertanyaan sahaja.

Kbai.