t>

Breaking News

3 Diculik Oleh Kumpulan Bersenjata Di Perairan Sabah.


Penculikan dilaporkan berterusan di perairan Sabah dengan kejadian terbaru, awal pagi ini berlaku di di perairan Pulau Pom-Pom, berdekatan Semporna apabila sebuah kapal nelayan ditahan sekumpulan lelaki bersenjata sebelum melarikan tiga anak kapal itu. 

Berita Harian Online memetik Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Wan Abdul Bari Abdul Khalid mengesahkan kejadian itu. Beliau dipetik berkata pihaknya menerima laporan penculikan itu pada jam 1.59 pagi tadi. 

"Kita menerima laporan daripada pemilik kapal nelayan yang mendakwa kapalnya ditahan oleh sekumpulan lelaki bersenjata dan turut membawa lari tiga krunya termasuk juragan dan mekanik.  

"Setakat ini, dipercayai tiga kru kapal itu dibawa lari ke negara jiran," katanya yang dipetik portal itu. Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, berkata polis ada menerima mengenai laporan itu dan ia sedang disiasat. - Malaysiakini