t>

Breaking News

AMANAH Perlu Kaji PAS Samada Mereka Mahu Bersama PH Ataupun BN..

Pakatan Harapan perlu melakukan kajian mendalam bagi menentukan manfaat pilihan raya kilat di Selangor, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
 
Ini kerana kedudukan PAS sebagai sekutu parti pembangkang masih samar dan boleh menjejaskan kedudukan Pakatan Harapan dalam kerajaan negeri. Bercakap di sidang media hari ini, Khalid berkata ramai yang tidak pasti sama ada PAS akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan atau menyebelahi BN, atau menjadi pihak ketiga dalam pertembungan antara mereka.
 
“Oleh sebab PAS, pilihan raya kilat boleh memakan diri jadi kita perlu kaji sebelum buat keputusan,” katanya.

PAS mempunyai pengaruh yang lebih besar di Selangor berbanding di Pulau Pinang, katanya. “Pilihan raya kilat di Selangor lebih sukar berbanding di Pulau Pinang memandangkan kita perlu berbincang dengan PAS dan mengesahkan pendirian mereka sebelum membuat keputusan.”
 
Sekarang ini, PAS mempunyai 13 daripada 56 kerusi di Dewan Negeri Selangor (DNS) iaitu Taman Templer, Seri Serdang, Selat Klang, Cempaka, Lembah Jaya, Meru, Bangi, Dusun Tua, Sabak, Tanjong Sepat, Paya Jaras dan Gombak Setia.
 
Pemimpin DAP Lim Kit Siang baru-baru ini meminta Selangor supaya membubarkan DNS susulan cadangan persempadanan kawasan pilihan raya di negeri itu. - FMT