Anak Didera Oleh Pengasuh Taska? - Individu Kongsi Tips Bagaimana Ibu Boleh Berhenti Kerja Utk Jaga Anak.

Siapa tak marah kalau ada pengasuh taska yang snap gambar anak kita untuk dijadikan modal mengumpat dan mengutuk anak kecil itu disebabkan dia meragam. Sejak kebelakangan ini pun perangai pengasuh taska pun boleh tahan kurang ajar dan biadapnya. Jaga anak orang sampai marah dan pukul sesuka ahti. Ada sesetengah kes bahkan melibatkan kematian juga. Hancur luluh la ahti si ibu yang susah payah mengandung dan bersalinkan si baby bila akhirnya meninggal disebabkan kecuaian penjaganya. Pengusaha taska pula seolah mengabaikan aspek kualiti dalam pemilihan pekerja.

Janji ada pekerja untuk jaga budak-budak dah cukup. Entah perangai macam mana, dia tak pula siasat. Patutnya letak CCTV dan lakukan pemantauan berkala tentang staff sendiri. Jangan fikir nak untung je sampaikan keselamatan anak-anak kecil diremehtemehkan.

Namun begitu jika si ibu dapat berhenti kerja dan menjaga anak2 sendiri sebenarnya itu lrbih baik. Bagi ibu2 yang ada keinginan untuk berhenti kerja demi keluarga mungkin boleh memanfaatnya tips-tips di bawah sebagai langkah permulaan.

Baca la ;

Mulakan hari ini untuk bebaskan diri anda dari menghantar anak ke TASKA dengan mengambil langkah pertama iaitu menyelesaikan hutang piutang dan mula menyimpan simpanan.

Kebanyakkan mak hari ni berkerja kerana membantu suami. Lepas bekerja terjebak dengan hutang akibat pinjaman kereta, rumah dan juga pinjaman peribadi serta timbunan kredit kad. Makanya dpd membantu suami sehinggalah stage membayar hutang piutang yang banyak. Ada juga isteri yang berhutang terlampau banyak. Kesan daripada hutang, ramailah ibu tidak dapat berhenti kerja walaupun anak-anak diperlakukaan sedemikian di TASKA, rumah pengasuh ataupun jagaan saudara sendiri. Hati mak ini hancur berkecai dan sangat sedih.

Tetapi tangisan di malam hari itu perlu berakhir pada waktu siang kerana anak terpaksa juga dihantar walaupun hati seberat gunung uhud. Jom cerita mengenai penyelesaian (Orang Putih Panggil Solution Oriented).

Langkah pertama: Senaraikan hutang piutang. Tulis mahu simpanan berapa ribu sebelum berhenti kerja. Berbincang dengan suami tentang rancangan anda utk berhenti kerja bg membolehkan anda jadi isteri yang lebih baik dan mak yang lebih memberi menafaat.

Langkah kedua: Mulai bulan ni, bayar semaksimum mungkin semua hutang. Kalau hutang rumah, takpalah dulu sebab banyak. Itu bincang dgn suami mcmana nak terus bayar hutang rumah bila berhenti nanti. Ada mak pandai buat kek. Belajar dengan Mirawati Mohamad atau Haslinda Alias La Muffine bagaimana mereka mulakan business dari rumah dan survive. Ada mak boleh jahit baju. Maka jadikan itu sebagai pendapatan. Bayar dan bayar semua hutang. Kalau tak payah sambut raya, tak payahlah sebab jihadnya sekarang nak bayar hutang. Berhenti membeli apa sahaja barang yang tak perlu. Mulai dari bulan sekarang, beli apa benda untuk survival hidup aje. Benda yang tak membawa menafaat berhenti membeli.

Langkah ketiga: Potong langganan astro, langganan surat khabar atau apa2 aje langganan yang boleh hidup tanpanya. Takyah nak ukur shopping komplek setiap hari cuti. Duduk rumah untuk main-main dengan anak. Main air ke, main masak2 dengan anak ke, main nyorok2 ke, main apa2 ajelah. Jangan lagi buang duit kat shopping kompleks. Stop it!

Langkah keempat: Jual barang2 dlm rumah yang tak memberi faedah dan simpan duit yang dapat atau bayar hutang.

Langkah kelima: Settlekan semua simpanan kecik2. Habiskan. Bebaskan diri daripada hutang.

Langkah keenam: Mulai hari ini, jalankan hidup yang biasa2 aje. Turunkan taraf hidup dari Prada ke Bata.

Langkah ketujuh: Buat simpanan sebanyak mungkin juga. Supaya anda ada simpanan kecemasan bila berhenti kerja nanti.

Peringatan: Kepada mak yang kerja sebab apa2 bimbang apa2 yang terjadi kepada perkahwinan, ubah mindset. Kalau Allah dah tetapkan penceraian, Allah akan tetapkan bantuan juga. Jangan bimbang. Allah tempat kita bergantung.

Kedua, anak memang patut kita yang jaga.

Ketiga, jika anda ibu tunggal, carilah pelung untuk bekerja dari rumah. Jika anda mencari bantuan Allah dengan berjalan, Allah datang berlari kepada anda.

Keempat, hidup kita adalah tanggungjawab kita. Bukan tanggungjawab orang lain.

Kelima, jangan bimbang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Allah ada bersama mak-mak sekalian. Moga mak-mak boleh mula menjaga anak sendiri. Yang saya tulis ini adalah pendapat peribadi saya. Bersetuju pun boleh tidak pun tak mengapa.
- NOW EVERYONE CAN BE A DEBT FREE HOUSE WIFE -

*Gambar di bawah ini adalah gambar hiasan. Saya tak berapa nampak tajuknya. Daripada agakkan saya tajuknya adalah anak yang comel daripada syurga. Sekian

Normaliza Mahadi


Share this :

Previous
Next Post »