Babai, PKR - Seorang Lagi Wakil Rakyat Bakal Lompat Ke Parti Shafie.


Seorang lagi wakil rakyat PKR di Sabah dijangka menyertai parti diketuai bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Selepas Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking mengesahkan meninggalkan PKR untuk bersama Mohd Shafie, timbul desas-desus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Terrence Siambun, bakal mengikut jejaknya. 

Bagaimanapun, Terrence ketika dihubungi hari ini, enggan mengesahkan khabar itu tetapi memberitahu akan membuat pengumuman berhubung masa depan politiknya dalam masa terdekat. 

“Saya simpan dulu komen ini (menyertai parti Mohd Shafie). Saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan. Saya akan buat pengumuman bila tiba masanya,” katanya. Difahamkan, Terence akan membuat pengumuman berhubung kedudukannya dalam PKR selewat-lewatnya minggu depan. 

Semalam, Darrel yang menjadi Ahli Parlimen Penampang sejak tahun 2013, mengesahkan meninggalkan PKR untuk menyertai Mohd Shafie yang menghidupkan semula sebuah parti politik sedia ada di Sabah. – BH Online

Share this :

Previous
Next Post »