Bekas Isteri Tampil Beri Penjelasan Susulan Kontroversi Bekas Wartawan TV3 Dibantai PA Menteri - Mesej Biadap Bekas Isteri Tersebar..

Part One disini.

Ini kes rumah-tangga. Memang tak boleh kita nak ulas suka-suka. Sebarang konflik rumah-tangga perlu diselesaikan mengikut ruang undang-undang yang telah tersedia. Pihak kami tiada niat nak masuk campur cuma diharapkan mana-mana individu yang menjadi mangsa ugutan dan keganasan mendapat pembelaan sewajarnya. 

Berikut dibawah pula ialah penjelasan dari bekas isteri Encik Adli berhubung kontroversi hak perebutan jagaan anak yang menjadi viral sebelum ini. Untuk rekod, kisah rumahtangga Encik Adli bersama bekas isterinya menjadi sensasi disebabkan Encik Adli telah dipukul dan diugut oleh seseorang yang sangat berpengaruh yang mengakui dia ialah PA kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Baca penjelasan sang bekas isteri di bawah dulu ;


Pada 23/09/2016 jam 3:30 petang semasa saya berada di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 4, saya dengan arahan peguam saya sepatutnya pergi berjumpa dengan bekas suami saya, nama Mohd Efendy Bin Mohd Zaki (No KP: Ditutup) dengan arahan untuk mengambil anak perempuan saya Amanda Nerrisa Adli Effendi berumur 7 tahun.
Urusan hak penjagaan diuruskan peguam saya dari Tetuan Bahari & Bahari. Pada permulaan saya memberi cadangan untuk berjumpa di Balai Polis Bandar Utama, namun mereka enggan patuh pada peraturan yang ditetapkan kerana takut persepsi polis dan mendatangkan tekanan mental kepada anak.

Oleh yang demikian kami bersetuju walau kami tahu keselamatan kami bakal terancam oleh kerana itu saya telah datang bersama sepupu saya bagi melindungi keselamatan saya.

Dan pada hari ini 23 September 2016, saya sekali lagi melalui peguam saya telah 'issue' satu surat untuk mengadakan perjumpaan bagi mengambil anak saya, sayangnya mereka telah bertukar tempat di Stesen Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 4.


Kami telah menegaskan berkali-kali supaya kita berjumpa di Balai Polis Bandar Utama bagi mengelakkan kekecohan berlaku namun mereka takut dengan lokasi perjumpaan kerana mereka berniat untuk tidak memberi anak itu kepada saya. Ia hanya sekadar lakonan sahaja untuk tidak engkar pada perintah hari ini.

Apabila tiba di perkarangan sekolah pada jam 15:20 menaiki kereta saya bersama suami saya bernama Mohd Akmar Ashraf Ishak (IC ditutup) dan juga sepupu saya nama Datin Mariana Hamid.

Apabila kami berhentikan kereta kami lihat anak saya telah ada di hentian bas seorang diri di depan sekolah tersebut. Pada mulanya sepupu saya telah pergi mendapatkan anak saya namun dihalang oleh isteri kepada bekas suami saya nama Hazrina Illyas dan emak bekas suami saya nama Nadzrah Noor.

Mereka mengatakan sepupu saya tiada hak untuk menyentuh anak saya. Kemudian saya turun dan apabila saya menghampiri anak saya, mereka telah menyerbu ke arah saya dan enggan menyerahkan anak saya.

Kemudian bekas suami saya telah datang dan menarik anak perempuan saya daripada rangkulan saya dan berlaku tarik menarik terhadap anak saya.

Bekas suami saya telah mengatakan aku bunuh kau kalau kau tak lepaskan anak ini sebanyak tiga kali dan pada kali pertama semasa dia mahu melepaskan anak saya daripada pangkuan saya, suami saya telah bertindak mengigit tangan kanan saya, tangan kiri saya, dan menggores muka saya sebelah pipi kiri menyebabkan luka calar dan menolak leher saya.

Kemudian ibu bekas suami saya telah datang dan menarik kaki sebelah kiri dan memulas, kemudian dia telah menggigit peha sebelah kiri saya dan menarik anak perempuan saya.

Kemudian saya berkata kepada pemandu sepupu saya supaya beredar dari tempat tersebut bagi mengelakkan keadaan kecoh dan bimbang akan keselamatan anak saya.
Tetapi suami saya telah bertindak masuk ke dalam kereta sepupu saya Datin Mariana dan Datuk Khairil Muzammil dan memaksa saya melepaskan anak perempuan saya dan mengatakan "lepaskan anak ini, aku cakap lepaskan anak ini kalau tidak engkau mati,"

Dengan muka yang bengis kemudian dia telah menghenyak saya untuk melepaskan anak saya. Saya memeluk anak saya dan mencium kepala anak saya sambil menenangkan anak saya.

Anak saya memanggil saya "mummy Amanda takut, tangan Amanda sakit," saya melihat tangan anak saya telah lebam sebelah kiri kerana ditarik oleh bekas suami saya.

Kemudian sepupu suami saya Nazurin menjerit, supaya kesian anak saya kerana tangannya telah sakit dan matanya telah terluka. Saya telah melepaskan anak saya kerana polis peronda telah datang dan meminta saya melepaskan anak saya.

Saya telah lepaskan anak saya dan kemudian saya sedar mereka lepaskan tangan anak saya kerana polis peronda telah sampai di tempat tersebut.

Kemudian saya telah pergi ke kereta dan mengambil perintah mahkamah dan juga laporan polis untuk ditunjukkan kepada pihak polis.

Kemudian isteri bekas suami saya telah menjerit ke arah saya sambil merakamkan video dan bertindak menarik tudung saya dan menolak kepala saya, serta menumbuk badan saya sambil mengeluarkan perkataan kesat dan menghina saya "kau tak layak ambil anak ini,"

Kemudian saya buka pintu kereta dan mengatakan kepada mereka jangan melarikan diri dan pergi ke balai polis. Emak bekas suami saya mengambil botol minuman dan menyimbah air ke arah saya dan saya memberikan amaran jangan larikan diri.

Saya bertindak kerana saya mempunyai surat perintah mahkamah di mana suami saya telah melarikan anak perempuan saya mulai 19/08/2016.

Sehingga tarikh ini dia masih gagal menyerahkan anak saya kembali. Saya percaya perkara ini telah membuatkan anak perempuan saya semakin trauma dan ketakutan dan saya harap pihak mahkamah dapat memberikan perintah mahkamah agar anak perempuan saya dijauhkan daripada mereka.

------------------------

 
Selepas viralnya penjelasan tersebut, kes ini bertambah konflik apabila terhadap individu yang menyebarkan pula mesej perbualan yang membabitkan bekas isteri Encik Adli. Kesahihan kandungan mesej berkenaan tidak dapat dipastikan namun ia disebarkan oleh beberapa individu menerusi ruangan komen yang mengulas isu berkenaan ;
 


 
Encik Adli sebelum ini mendakwa suasana kehidupan Amanda bersama bekas isterinya membuatkan dia mengambil keputusan untuk menjaga Amanda terus. Ia adalah untuk kepentingan Amanda dan masa depannya. Dengan penyebaran mesej-mesej di atas, ianya seperti membenarkan dakwaan Encik Adli terhadap bekas isterinya. Semoga kes ini dapat diselesaikan secara adil dan saksama oleh polis dan mahkamah sebagai pihak ketiga kepada ibu dan bapa kepada Amanda.

Share this :

Previous
Next Post »