t>

Breaking News

Bekas Pelajar Azizan Osman Dedah Penipuan Disebalik Penganjuran Seminar Mahu Kaya.


Saya tertarik dengan komen seorang anak murid Azizan Osman yang sangat marah bila terbongkar isu penipuan Phd Azizan ini dan menyalahkan mereka yang mengviralkannya dan menulis hadith ini.

“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani). Hadith ini jelas suruh menutup aib setiap hamba Allah itu sendiri.

Namun dalam perihal maslahat awam..Alquran jelas menerangkan perintah Allah untuk sampaikan kebenaran dan sabar. Dalam kes Azizan ini jelas dia menipu Phdnya dan mengaut keuntungan jutaan ringgit dari seminarnya menipu orang dengan tittle Doktor Falsafah.

Menipu agensi-agensi keusahawanan kerajaan dengan profil-profil doctorate palsu. Mencipta nama dari awal lagi dengan niat menipu kelayakan akademiknya. Saya dan isteri pun habis berpuluh ribu belajar dengannya kerana status Phd tipunya. Ramai anak-anak murid lamanya bila mempersoalkan diblock, dikata anak-anak murid negative. Hati berkarat oleh mereka yang taksub membabi buta dengan mentor Azizan Osman ini.

Hakikatnya Azizan Osman mengutip duit secara Haram menggunakan Phd palsunya. Menggunakan agama, alquran dan hadith untuk mengkhaburi penipuannya sebagai guru yang perlu dihormati dan tiada keberkatan bila tidak menghormatinya sebagai guru.

KEBENARAN.

Perintah Allah di dalam al-quran. Pesan yang benar dan sabar. Ini kebenaran untuk kebaikkan maslahat awam supaya ramai tidak tertipu lagi dengan caj-caj luar biasa mahalnya sebagai Doktor pakar perniagaan. Tidak ramai pun yang berjaya berbanding yang kerugian akibat seminar-seminarnya.

Mereka yang tidak berjaya, tiada wang, tidak akan dibantunya walaupun anak muridnya sendiri yang berhabis wang belajar di seminar-seminarnya. Tindakan universiti Malaya mengeluarkan kenyataan rasmi adalah tepat untuk menyekat penipuan ini berterusan. Secara positifnya ini aturan Allah. Peringatan dari Allah bahawa yang palsu akan terbongkar juga. Semoga MR AZIZAN OSMAN sedar dari mimpi Mentor Kekayaan No 1 Asianya.

MR ARIFFIN dah lama sedar sebenarnya.😍😍😍😍 Sharekan penerangan abang Ipin ini supaya masyarakat faham perkara yang sebenarnya.

Saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan catatan ini di hadapan Allah swt nanti kerana berpesan yang benar.
MR ARIFFIN EMBONG.
#MRSOL