DAP, MCA Racist, Tak Puji Kemenangan Atlet Paralimpik Lapor ISMAWEB.


Tidak ada beza antara DAP dan MCA yang lebih sesuai dipanggil Two-Face (Talam Dua Muka). Hipokrit sebelah, cauvinis sebelah yang lain. Kemenangan dua pingat emas oleh atlit Paralimpik Negara, Riduan Puzi (100 meter) dan Muhamamd Ziyad Zolkefli (lontar peluru) tidak disambut dengan riuh rendah senegara sepertimana sambutan yang diberikan kepada atlit Olimpik negara sebelum ini.

Tidak ada pula percubaan oleh puak-puak hulubalang maya (cybertroopers) untuk mempamerkan kehebatan para atlit Paralimpik sebagai Wira Negara yang telah berjaya mencipta rekod dunia baru dan memenangi 2 pingat emas. Aksi-aksi para atlit Paralimpik ini barangkali tidak memiliki nilai komersial yang boleh membawa keuntungan kepada syarikat-syarikat korporat dan para penaja. Semuanya kelihatan hambar, seolah-olah mereka (para atlit Paralimpik) hanya beban atau liabiliti yang perlu/terpaksa ditanggung sahaja. 

Tetapi, cuba bandingkan dengan kecekapan dan kecepatan puak-puak cybertrooper RBA, pimpinan DAP dan MCA serta gerombolan rasis dan cauvinis melonjakkan satu persepsi bahawa hanya atlit Olimpik berbangsa Cina sahaja yang dapat diharapkan untuk mengharumkan nama negara! 

Tidak apa kalau mereka yang memulakan perang bertemakan rasis dan perkauman serta cauvinisma, ditambah dengan komen-komen/kenyataan-kenyataan bersifat angkuh, sombong, memperli dan menjengkelkan orang lain. Bukan setakat sukan, malah ia telah meleret secara yang disengajakan kepada bidang-bidang lain yang dimonopoli oleh mereka. Tidak hairanlah taktik kotor ini dibalas balik. 

Bagaimanapun, bilamana ada rakyat Malaysia yang mempertikaikan tindakan biadab dan tidak patriotik itu, mereka pula akan diherdik, dilabel, diperlecehkan dan diapi-apikan lagi dengan komen-komen rasis dan mencela, oleh puak-puak yang sama juga (cybertrooper RBA dan gerombolan rasis cauvinis lain. 

Pendekata, di mana terdapat peluang untuk memainkan sentimen rasis dan perkauman, anda akan dapati puak-puak yang sama akan berada di sebalik isu-isu tersebut. Sekiranya terdapat suara-suara yang cuba membongkar muslihat dan agenda rasis puak-puak ini, orang atau pihak tersebut akan diserang balas secara yang sadis, tidak berperi kemanusiaan dan begitu bengis sekali. 

Seolah-olah mereka (cybertroopers, gerombolan rasios dan cauvinis) ini adalah golongan minoriti yang amat tertindas dan sering dizalimi atau didiskriminasikan. Lihat sahaja tindakbalas mereka terhadap Prof Dr Riduan Tee dan saudari Alifah Ting. Sebagai satu contoh sahaja, kenyataan Alifah Ting yang menyokong Presiden ISMA telah dibalas dengan 1000 komen mengkritik dan menghentam beliau bertubi-tubi tanpa belas kasihan. Saya percaya begitulah jumlah komen serangan balas yang ditujukan kepada Prof Dr Riduan Tee. Baik DAP atau MCA, budaya cauvinisma sudah sebati dengan mereka. 

Kedua-duanya akan menggunakan kedudukan masing-masing untuk menekan sebarang usaha atau inisiatif untuk memperkasakan agenda perjuangan umat Islam dan bangsa Melayu ataupun mempertahankan antara satu sama lain dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan perkauman bangsa Cina, tanpa mengira sama ada tindakan mereka akan membawa pertelingkahan antara kaum, memecahbelahkan kesepakatan nasional atau membawa kepada konflik perkauman yang telah cuba dielakkan sejak sekian lama. 

Satu menekan dari luar manakala satu lagi mengasak dari dalam. Isu RUU 355 adalah satu contoh yang sangat jelas dan terang untuk memahami entiti bernama Two-face ini. Mereka adalah kembar yang bersifat munafik dan cauvinis. 

Mohd Luttfi Abdul Khalid 

Sumber : Ismaweb

Share this :

Previous
Next Post »