Dari Kamar Mahkamah Kes Saman 100j Anwar Ke Atas Khairy - Veteran UMNO Dedah 2 Rahsia Anwar.

Anwar bantu saya dapatkan berjuta-juta, kata veteran Umno
Seorang pemimpin veteran Umno hari ini mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membantunya mendapatkan berjuta-juta daripada pinjaman bank, ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.
ADUN Lenggeng, Datuk Ishak Ismail berkata ini adalah sebahagian daripada pembiayaan yang ditawarkan oleh Anwar kepadanya dalam usaha memancingnya bersama dalam gerakan menentang perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Dia (Anwar) memberitahu kepada pihak yang menyediakan kewangan itu, ini kawan aku.
“Projek saya di Melaka, dengan pertolongan Anwar, kelulusan kewangan itu cepat. Jadi saya guna la untuk tujuan politik,” kata Ishak memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini, apabila ditanya oleh peguam Anwar, Latheefa Koya apa yang dimaksudkan dengan 'pembiayaan '.
Ditanya berapa banyak yang diperolehinya, pemimpin Umno itu menjawab: "Hoi, banyak beberapa juta".
Bagaimanapun Ishak menafikan ini adalah rasuah dan berkata ia adalah bantuan politik.
“Ini bukan rasuah, Beri sumbangan untuk buat kerja politik. Untuk bantai orang tu pun kerja politik,” katanya.
Beliau memberi keterangan dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan Anwar terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Khairy sebelum ini mendakwa ucapannya terhadap Anwar tidak mempunyai konotasi seksual, sebaliknya bermaksud pemimpin pembangkang itu mempunyai kecenderungan untuk mempermainkan sekutu politiknya demi manfaat sendiri dan mengkhianati mereka.
--------------------------------------
 'Anwar selalu rujuk Mahathir sebagai mamak tak boleh percaya’
Ketika di penghujung masanya bersama Umno, bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengkritik bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka tetapi akan berbuat demikian apabila bersama rakan rapatnya, kata seorang pemimpin veteran.
"Di khalayak ramai, Anwar tidak akan mengkritik Mahathir dan secara terbuka akan membela dia tetapi dalam secara peribadi atau di antara rakan-rakan rapat atau kawan-kawan politik dia, dia akan mengkritik Mahathir dalam isu-isu daripada dasar kerajaan hingga ke bangsa Mahathir.
"Dia selalu merujuk Mahathir sebagai 'mamak tak boleh percaya', 'untrustworthy mamak’,” kata ADUN Lenggeng, Datuk Ishak Ismail dalam satu kenyataan saksi dalam kes saman fitnah Anwar terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau berkata istilah mamak pada masa itu adalah rujukan kesat dan menghina.
Mamak adalah istilah untuk kaum pendatang India Muslim.
Walau bagaimanapun apabila diasak mengenai perkara ini dalam mahkamah oleh peguam Anwar, Latheefa Koya, Ishak memberi jawapan yang berbeza.
“Saya pun panggil Mahathir mamak. Tak kesat, mamak ini biasanya jual roti canai.
“Menghina ya, kesat tu terpulang la,” katanya di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.
 Sumber : Malaysiakini

Share this :

Previous
Next Post »